Iklan Jawatan Kosong JAKIM

Jawatan Kosong JAKIM Gred 19 Dan Gred 29

Jawatan Kosong JAKIM ini terbuka untuk seluruh warganegara Malaysia yang berkelayakan. Calon-calon yang berminat dikehendaki untuk baca sehingga habis syarat-syarat yang ditentukan di bawah dengan teliti sebelum memohon Jawatan kosong yang tertera.

ISI KANDUNGAN

Info Jawatan

  1. Nama Jawatan Kosong:
    • Pembantu Hal-Ehwal Islam Gred S19 Sebagai Penggerak Masyarakat Orang Asli
    • Pembantu Hal-Ehwal Islam Gred S19 Sebagai Penyelia KAFA
    • Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S29 Sebagai Penyelaras Pentadbiran Majlis Daerah (PPMD)
  2. Majikan: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Kelayakan Memohon Jawatan Kosong JAKIM

  • Anda mestilah warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun ke atas pada tarikh tutup permohonan.
  • Lulus dalam subjek Bahasa Arab, Bahasa Arab Tinggi atau Bahasa Arab (Komunikasi).
  • Untuk jawatan Gred 19, calon hendaklah memiliki minimum Sijil Persekolahan Malaysia (SPM) atau kelayakan yang setaraf dengannya.
  • Manakala untuk calon jawatan Gred 29 pula hendaklah memiliki minimum Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan mendapat prinsipal dalam subjek Syariah, Usuluddin atau Bahasa Arab atau kelayakan yang setaraf dengannya

Info Tambahan Mengikut Taraf Jawatan

Jawatan Kosong JAKIM Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S19 Sebagai Penggerak Masyarakat Orang Asli

      • Pemohonan adalah lepasan Sekolah Aliran Agama.
      • Sanggup bertugas di kawasan pedalaman mengikut negeri yang ditetapkan.
      • Mempunyai lesen memandu sekurang-kurangnya kelas B2/D.
      • Masyarakat Orang Asli yang mempunyai dan memenuhi syarat kelayakan digalakkan memohon.
      • Boleh berinteraksi dalam bahasa suku Orang Asli
      • Taraf Jawatan: Kontrak
      • Jumlah Kekosongan: 12
      • Lokasi: Pahang (3 kekosongan), Selangor (2 kekosongan), Johor (2 kekosongan), Perak (1 kekosongan) dan Kelantan (1 Kekosongan)
      • Gaji: RM 1,352.00 (Minima)

Jawatan Kosong JAKIM Pembantu Hal-Ehwal Islam Gred S19 Sebagai Penyelia KAFA

      • CAlon haruslah mempunyai pengalaman sebagai Guru KAFA
      • Mempuyai kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) yang bagus
      • Jumlah Kekosongan: 9
      • Lokasi: Sabah (2 kekosongan), Sarawak (2 kekosongan), Johor (1 kekosongan), Perak (2 kekosongan), Kelantan (2 Kekosongan), Kedah (1 Kekosongan), Pulau Pinang (1) dan Selangor (1)
      • Gaji: RM 1,352.00 (Minima)

Jawatan Kosong JAKIM Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S29

  1. Keutamaan akan diberikan kepada calon pemohon lelaki dari lepasan Sekolah Aliran Agama dan memiliki sijil/ kemahiran dalam bidang pengurusan pentadbiran masjid dan surau.
  2. Info lain adalah seperti berikut;
    • Taraf Jawatan: Kontrak
    • Jumlah Kekosongan: 2
    • Lokasi: Terengganu (1) dan Perlis (1 Kekosongan)
    • Gaji: RM 1,493.00 (Minima)

Pemohon untuk semua Jawatan Kosong JAKIM ini juga hendaklah memiliki ciri-ciri:

    • Dinamik
    • Berpandangan jauh
    • Berkaliber tinggi
    • Berdisiplin
    • Berpengetahuan

Calon akan menjalani saringan melalui ujian/proses tapisan. Hanya calon yang berjaya menghadapi proses saringan akan dipanggil untuk temuduga jawatan kosong JAKIM.

Calon yang tidak dihubungi lebih tiga bulan daripada tarikh temuduga ditutup hendaklah menganggap permohonan anda tidak berjaya.

Anda juga akan dapat cuti sakit, cuti tahunan dan kenaikan gaji setiap tahun jika berkhidmat di jabatan ini.

Cara Memohon Jawatan Kosong JAKIM

  1. Permohonan jawatan kosong tertera hanya boleh dilakukan secara online (atas talian) melalui portal SPA9 yang kami kongsikan dibawah.
  2.  Calon yang belum pernah mendaftar hendaklah mendaftar pada portal tertera sebelum membuat permohonan terhadap jawatan tersebut.
  3. Calon yang sudah berdaftar hendaklah mengisi maklumat diri yang lengkap dan resume terkini besertakan dengan dokumen-dokumen yang berkaitan.
  4. Calon hendaklah memastikan permohonan online yang dilakukan adalah lengkap kerana permohonan yang tidak lengkap, tidak akan diproses.
  5. Tarikh tutup permohonan untuk jawatan tersebut adalah 30 September 2021(Khamis), Jam 11.59 PM.
  6. Hanya calon yang layak akan dipanggil untuk temuduga.

Jika anda berminat dengan jawatan kosong JAKIM ini segeralah memohon di LAMAN SPA9


BACA JUGA:
Jawatan Kosong Penolong Pegawai Pertanian Gred 29

Dapatkan INFO semasa secara PERCUMA mengenai Jawatan Kosong Kerja Kerajaan yang Lain dari kami. Isi detail anda. 

*Email anda adalah PRIVACY KAMI

Ikuti Page Dan Channel Kami Untuk Tips & Info KERJAYA Berterusan Bagi Jawatan Kerajaan

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You cannot copy content of this page

Hampir Selesai ...
Sila SAHKAN email anda di inbox bagi mengelakkan Sistem Kami Terima Email SPAM