Jawatan Kosong Lembaga Juruukur Tanah Malaysia

Lembaga Juruukur Tanah Jawatan Kosong

Jawatan kosong Lembaga Juruukur Tanah ini terbuka untuk seluruh warganegara Malaysia yang berkelayakan. Calon-calon yang berminat dikehendaki untuk baca sehingga habis syarat-syarat yang ditentukan di bawah dengan teliti sebelum memohon Jawatan kosong yang tertera.

ISI KANDUNGAN

Info Jawatan

Senarai jawatan yang diperlukan:

  • Jurutera J41 (Kontrak)
  • Juruukur J41 (Kontrak)
  • Pegawai Teknologi Maklumat F41 (Kontrak)
  • Juruteknik Komputer FT19 (Kontrak)

Majikan: Lembaga Juruukur Tanah Malaysia

Semua jawatan diatas mempunyai 1 kekokosngan kecuali jawatan Juruukur J41 ada 2 kekosongan diperlukan.

Berikut Adalah Jadual Gaji Mengikut Jawatan

  • Jurutera J41 gaji permulaan RM2,529.00
  • Juruukur J41 gaji permulaan RM2,529.00
  • Pegawai Teknologi Maklumat F41 gaji permulaan RM2,315.00
  • Juruteknik Komputer FT19 gaji permulaan RM1,377.00

Kelayakan Asas Jawatan Kosong Lembaga Juruukur Tanah Malaysia 

  1. Anda mestilah warganegara Malaysia
  2. Berumur lebih daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan.
  3. Memiliki minimum gred C Bahasa Malaysia pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Kelayakan Khusus Bagi Jawatan 

Jurutera J41

  • Memiliki Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan. (Bangunan/Mekanikal/Elektrik) yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  • Berdaftar dengan Lembaga Jurutera Malaysia sebagai siswazah.

Juruukur J41

  • Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang ukur tanah atau bidang geomatik yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
    dengannya.

Pegawai Teknologi Maklumat F41

  • Memiliki Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang Sains Komputer, Teknologi Maklumat, Kejuruteraan Komputer atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
  • Ijazah Sarjana dalam bidang Sains Komputer, Teknologi Maklumat, Kejuruteraan Komputer atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
  • Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Sains Komputer, Teknologi Maklumat, Kejuruteraan Komputer atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

Juruteknik Komputer Gred FT19

  • Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan; atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf
    setaraf dengannya; atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta
  • Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

Info Tambahan Jawatan kosong Lembaga Juruukur Tanah Malaysia 

1. Calon-calon yang memohon hendaklah memiliki ciri-ciri:

  • Dinamik
  • Berpandangan jauh
  • Berkaliber tinggi
  • Berdisiplin 
  • Berpengetahuan

2. Calon akan menjalani saringan melalui ujian/proses tapisan. Hanya calon yang berjaya menghadapi proses saringan akan dipanggil untuk temuduga Jawatan Kosong Lembaga Juruukur Tanah.

3. Hanya calon yang layak akan dipanggil untuk temuduga.

4. Calon yang tidak dihubungi lebih enam (6) bulan daripada tarikh temuduga ditutup hendaklah menganggap permohonan anda tidak berjaya.

Kelebihan Lain

  • Cuti tahunan
  • Cuti sakit
  • Gaji kenaikan tahunan

Cara Memohon Jawatan Kosong Lembaga Juruukur Tanah Malaysia

1. Permohonan mestilah dihantar melalui surat bertulis dan disertakan dengan resume.

2. Setiap permohonan mestiilah lengkap dengan dokumen berikut;

  • Sekeping gambar berukuran passport
  • Salinan kad pengenalan
  • Sijil Kelahiran
  • Salinan sijil-sijil akademik serta dokumen lain yang berkaitan

3. Calon hendaklah memastikan permohonan yang dilakukan adalah lengkap kerana permohonan yang tidak lengkap tidak akan dilayan.

4. Semua permohonan hendaklah ditulis jawatan yang dipohon di sebelah kiri bahagian atas sampul surat dan hendaklah dihantar ke alamat berikut:
KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF
LEMBAGA JURUKUR TANAH
ARAS 5-7, WISMA LJT
LORONG PERAK
PUSAT BANDAR MELAWATI
53100 KUALA LUMPUR

5. Tarikh tutup permohonan untuk jawatan tersebut adalah 30 November 2021

Demikian di atas jawatan kosong Lembaga Juruukur Tanah Malaysia yang kami kongsikan. Sekiranya anda berminat bolehlah mohon dengan segera sebelum ditutup.

Dapatkan INFO semasa secara PERCUMA mengenai Jawatan Kosong Kerja Kerajaan yang lain dari kami. Isi detail anda. 

*Email anda adalah PRIVACY KAMI

Ikuti Page Dan Channel Kami Untuk Tips & Info KERJAYA Berterusan Bagi Jawatan Kerajaan

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You cannot copy content of this page

Hampir Selesai ...
Sila SAHKAN email anda di inbox bagi mengelakkan Sistem Kami Terima Email SPAM