Tips Dan Contoh Soalan

Persiapan Lulus ujian psikometrik SPA 2021 Dalam Sektor Kerajaan

Ujian Psikometrik Spa sudah tidak asing lagi dikalangan calon yang berjaya melepasi exam PSEE. Masalah utama sejak 2009 lagi adalah kebanyakkan calon tidak tahu apa yang harus dipelajari berkaitan ujian ini. 

Nak tau info, tips dan contoh soalan psikometrik Test ni macam mana? Semak dibawah…

ISI KANDUNGAN

Maksud Ujian Psikometrik

Psikometrik adalah ujian yang mewajibkan calon menjawab soalan berkaitan personaliti diri, kestabilan emosi, motivasi, kejujuran, integriti, kebolehan sosial dan displin. Jika dulu ujian psikometrik spa ini dipanggil sebagai “SEKSYEN SAHSIAH DAN MINAT.”

Nampak macam susah exam ni…

Sebenarnya jika anda tahu terperinci mengenai soalan yang bakal ditanya adalah sangat senang berbanding exam online SPA yang lain. Tapi awas jangan tertipu dengan perangkap soalan…


Tujuan Ujian Psikometrik test 

Ini adalah salah satu mekanisme untuk menapis calon sebelum ke fasa ujian fizikal atau temuduga. Maklumlah kekosongan jawatan tak banyak… tapi yang mohon beribu. 

Pihak suruhanjaya ingin memastikan hanya calon yang benar-benar menepati kriteria sahaja yang akan dipilih. Jadi anda yang lulus ke fasa seterusnya selepas melalui ujian psikometrik SPA ini dikira hebat.

Selain itu pihak jabatan juga ingin menguji tahap kebolehan yang anda miliki dari sudut tingkah laku yang baik ketika menghadapi dan mengendali sesuatu keadaan.

Ujian Penapisan Calon Ke Fasa Temuduga

Format Ujian Psikometrik SPA 

Ujian ni lain sikit dengan exam online PSEE yang lain. Ianya tiada pilihan aneka jawapan dalam A,B,C atau D. Anda hanya perlu jawab:

  • Betul Atau Salah
  • Ya Atau Tidak
  • Setuju Atau Tidak
  • Betul , Salah Atau Tidak Pasti
  • Ya, Tidak Atau Tidak Pasti
  • Setuju, Tidak Setuju, Tidak Pasti, Sangat Setuju
  • Dan Sebagainya…

Simple kan? Kalau dulu ada 3 jenis seksyen A, B dan C ni biasanya anda akan diberi masa sebanyak 60 minit untuk habiskan 200 soalan ujian psikometrik SPA. Tapi sekarang ianya dah berubah.

Bahkan ada yang sampai 3 ratus lebih soalan. Pada Tahun 2018 dan 2019 pula, pihak SPA telah memasukan soalan Daya Menyelesaikan Masalah selain soalan berkaitan Psikologi dalam beberapa jawatan kerajaan.

Yang buat calon terkejut adalah soalan matematik. Jangan heran jika anda terjumpa soalan matematik dalam ujian ini. Wujudkah soalan ujian psikometrik matematik ini? YA, memang ada… So anda kena studi juga soalan berkaitan matematik.

Ramai juga calon yang tertanya-tanya “Eh, bagaimana markah lulus ujian psikometrik SPA ditentukan?”

Jawapannya tidak ada markah lulus. Anda akan dinilai berdasarkan soalan yang ditanya. Manakala dari segi struktur soalan pula sentiasa berubah dari semasa kesemasa berdasarkan jawatan tertentu.

Jadi Psikometrik test memang tidak ada format khas yang SPA tentukan. Kuncinya buat saja latih tubi soalan psikometrik SPA sebanyak mungkin.

Jadual Ujian Psikometrik Boleh Semak Di Page SPA

Persediaan Dan Tips Jawab Soalan Psikometrik

Memandangkan ujian psikometrik SPA ini adalah berkaitan dengan personaliti dan Psikologi, maka perkara yang utama sekali adalah ‘Jadilah manusia yang sebenar‘.

Jawab dengan sepenuh hati berdasarkan logika alam semesta dalam hal kebaikan. Yela, manusia memang tiada yang sempurna. Semua ada sikap baik buruk. Cuma dalam situasi ini anda kena tonjolkan nilai positif dan sembunyikan nilai negatif anda. Buang jauh sifat ego anda.

Contoh anda memang adalah seorang perokok, kemudian soalan psikometrik test berbunyi begini…

“Adakah Merokok Membahayakan Kesihatan? Jawab YA Atau Tidak”

Memang benar kita adalah seorang perokok, namun hakikatnya merokok memang membahayakan kesihatan. Bahkan Kementerian Kesihatan sedunia juga mengeluarkan kenyataan seperti ini.

Jadi jawab saja “YA”. Jangan dipertahankan lagi tabiat itu.

Anda boleh mengambil ujian psikometrik SPA ini melalui Android atau Dekstop. Tapi disarankan agar anda menggunakan versi Dekstop seperti laptop dan komputer agar pandangan lebih luas dan selesa. Gunakan Browser Chrome sebolehnya.

Disamping itu juga anda kena berada awal 30 minit di depan Dekstop sebelum ujian bermula. Set kan semua sistem agar berjalan dengan baik.

Dan yang paling penting adalah Rangkaian anda. Pastikan tidak ada ganguan masalah rangkaian dikawasan anda pada waktu itu.

85% Calon Yang Berjaya Adalah Mereka Yang Rajin Buat Latih Tubi berkenaan Psikometrik Test

Faktor Kegagalan Dalam Ujian Ini

Ujian Psikometrik SPA adalah lubuk ‘memancung’ calon yang lulus hasil daripada tapisan pertama exam online untuk dibawa ke tapisan terakhir iaitu temuduga. Yela mana tidaknya, jawatan tak banyak tapi yang dipanggil tu ramai.

Apa yang kami boleh katakan melalui pengalaman kami 10 tahun selaku pengeluar rujukan exam SPA adalah Ujian Psikometrik memang banyak perangkap yang dipasang.

Biasanya calon tidak sedar pun mereka dah terkena. Cuba lihat contoh soalan dibawah ini:

“Hasil daripada beberapa kajian yang dijalankan, merokok dapat
memberikan ketenangan kepada pekerja yang ‘stress’. Apa pandangan anda?”

Jika soalan ini ditanya kepada perokok, pastinya dia akan bersetuju dengan kenyataan ini. Lagi pula soalan ini dikatakan hasil dari kajian kan.

Soalan ni bukan berkaitan benar atau salah tapi ianya nak kesan ‘anda perokok atau tidak’

Teeeeettttt!
Opsss, perokok dan penyokong perokok dah dikesan! Perlu ingat, aktiviti merokok adalah dilarang di tempat awam Malaysia. Ianya dah jadi amalan negatif.

Nampak tak macam mana ianya bakal ‘memerangkap’ anda. Hati-hati. Ada ‘jerangkap’ yang anda tak sedar.

Cuba lihat pula contoh dibawah ini yang berkaitan soalan dalam hal menerima kritikan dan pandangan orang lain. Cara jawab soalan sebegini boleh dikatakan mengundang ‘maut’.

  1. “Saya Sentiasa Pastikan Tindakan Saya Betul Walaupun Orang Berkata Salah Sebab Saya Mempunyai Asas Yang Kukuh”
  2. “Apabila Orang Lain Memberikan Pandangan, Saya Lebih Utamakan Idea Saya”
  3. ”Hasil Mesyuarat Kurang Berkualiti Berbanding Buat Penyelidikan Terhadap Data sendiri”

Panggilan ujian Psikometrik SPA ini biasanya pihak SPA akan hantar melalui email anda. Jadi rajin-rajinlah dan sentiasa Alert dengan inbox anda. Jika tidak, anda bakal terlepas ujian psikometrik ini. 

Nampak macam remeh, tapi sebenarnya menurut kajian ada sesetengah calon yang terlepas adalah sebab tidak tahu tarikh dan masa ujian Psikometrik test. “Ibarat belum bertempur dah terkorban.”

Ingat, anda hanya perlu jawab ujian pada masa yang sudah ditetapkan. Bila dah dapat panggilan, anda boleh mengambil ujian ini dengan mengakses ke laman Ujian Psikometrik SPA.

Mari lihat pula 25 contoh soalan Psikometrik SPA dibawah. 

Contoh Soalan Psikometrik SPA

1. Saya ada banyak pendapat dan cadangan tetapi jarang mengeluarkannya.

Ya 

Tidak

2. Saya ingin menjadi pengerusi dalam menubuhkan kelab penguatkuasa.

Ya

Tidak

3. Saya suka menonton siaran jenis drama.

Ya

Tidak


4. 
Saya suka melancong ke luar negara.

Ya

Tidak


5. 
Segala yang terjadi dalam hidup adalah 

Kebetulan

Dirancang


6. 
Anda lebih selesa jika anda dikategorikan sebagai

Penyabar

Peramah


7. 
Saya tidak akan menolong orang yang tidak ingin menolong saya

Ya

Tidak


8. 
Saya lebih gemar membuat keputusan dengan

Logik

Moral


9. 
Anda lebih suka suasana kerja yang

senyap

santai


10. 
Jika anda merosakkan sesuatu, anda

Membaikinya

Mengaku saja

 

Contoh lain soalan ujian Psikometrik SPA dibahgian ini…


11.
Memberi laluan kepada penunggang motorsikal yang memotong ditengah jalan lebih baik daripada tidak

setuju

tidak setuju

tidak pasti


12. 
Apabila memberi nasihat kepada seseorang saya akan memandang ke arah wajahnya

selalu

Jarang

Tidak Pernah


13. Anda gemari jenis proses kerja yang

Sehingga Selesai

Separuh Jalan

Berperingkat


14. 
Jika tugasan dalam pasukan mengalami masalah anda menyalahkan

Seorang

Semua

Hanya Tertentu


15.
Saya Selalu Bangun Awal

Masa Cuti

Setiap Hari

Masa Kerja


16. 
Setelah berkorban, saya akan buktikan keputusan saya adalah betul

kerap

Sangat Kerap

Tidak Pernah

Jarang-Jarang


17. 
Saya ingin mengetahui kebenaran lebih dalam mengenai sesuatu hal

Sangat Tidak Setuju

Setuju

Kurang Setuju

Tidak Pasti


18. 
Saya tidak pernah dimarah zaman persekolahan dulu

Tidak Setuju

Kurang Setuju

Kurang Setuju

Kadang-Kadang


19. 
Saya akan menyelidik dahulu sesuatu kabar yang diterima sebelum bertindak

Neutral

Benar

Kurang Benar

Sangat Benar


20. 
Saya berhati-hati dan teliti dalam mengendalikan suatu tugasan

Tidak Benar

Neutral

Sangat Benar

Sangat Tidak Benar

Contoh Soalan Ujian Psikometrik SPA Matematik

1. Sebuah kilang Gadjet mengeluarkan 35,496 buah handphone dalam masa seminggu, Jika bilangan hanphone yang dihasilkan adalah sama setiap hari kecuali hari Jumaat adalah 3564 buah. Berapakah penghasilan dari hari isnin hingga ke hari rabu?

A. 12987 buah

B. 14532 buah

C. 17306 buah

D. 15966 buah

Cara Penyelesaian:

Jumlah Handphne seminggu(Isnin – Ahad) = 35496 buah
hari jumaat = 3564 buah
Katakan bilangan hari yang sama = M
35496 = M + M + M + M + 3564 + M + M
35496 = 6M + 3564
6M = 35496 – 3564
6M = 31932
M = 5322
Pengeluaran Hanphone isnin – rabu = 3 hari darab M
= 3 x 5322
= 15966#

2. Anda mempunyai wang simpanan selama 17 tahun berjumalh RM1,500. Wang tersebut terdiri daripada 50sen, 20sen dan 10sen. Sekiranya anda memiliki 4450 wang syiling 20sen dan 3100 syiling wang 10sen, Jadi berapa kepingkah wang syiling 50sen yang anda ada?

A. 600 keping Syiling

B. 280 keping Syiling

c. 70 keping Syiling

D. 950 keping Syiling

Cara Penyelesaian:

Jumlah Wang Simpanan: RM1,500
Katakan 50sen = M
RM1,500 = ( M x 0.50 ) + ( 4450 x 0.20 ) + ( 3100 x 0.10 )
RM1,500 = 0.5M + RM890 + RM310
RM1,500 = 0.5M + RM1,200
0.5M = RM1,500 – RM 1,200
0.5M = RM300
M = RM300 / 0.5
M = 600 Keping#

3. Yang manakah berikut nilai 5 bukan hasil jawapannya?

A. 100 ÷ 5 – 15

B. (25-20) x 3

C. 67 – 25 – 23 – 12 – 2

D. (14 + 20) – ( 10 + 19 )

Cara Penyelesaian:

(25-20) x 3

5 x 3 = 15 bukan 5.

Contoh lain soalan matematik ujian Psikometrik SPA dibahagian ini…


4. Dalam sebuah kelas Melati, terdapat seramai 40 orang murid. 40% daripadanya telah lulus exam Sejarah. 1/4 Pula daripadanya gagal dan selebihnya tidak ambil Exam. Berapakah jumlah murid yang tidak ambil Exam?

A. 24

B.17

C. 18

D. 16

Cara Penyelesaian:

Jumlah Murid Lulus
= 40% x 40
= 16 Orang
Murid Gagal
= 1/4 x (40-16)
= 6 orang
Jumlah murid tidak ambil Exam
= 40 – 16 -6
= 18 Murid#

5. Amin mendapat keuntungan RM82,RM91,RM86 dan RM88 bagi setiap empat produk yang terjual pada bulan pertama. Berapakah keuntungan yang Amin harus perolehi dalam produk kelima yang dijual untuk mendapatkan purata Keuntungan RM85?

A. RM86

B. RM83

C. RM78

D. RM82

Cara Penyelesaian:

(RM82 + RM88 + RM86 + RM91 + M) / 5 = RM85
347 + M = 425
M = 425 – 347
M = 78#

Demikian 25 Contoh Soalan ujian Psikometrik. Dah dapat bayangan?

Baca juga: Tips Temuduga SPA 

Sebenarnya ujian psikometrik SPA ini memang luas skopnya. Eya lah kan sifat manusia ni banyak jenis.

Lain lagi bab matematik, Daya menyelesaikan masalah dan paling penting kena ingat ‘Jerat’ memang sentiasa ada. Nak study biar kena pada tempatnya. Jangan buta-buta. Jika tak anda bakal jadi ‘Korban’ seterusnya dalam psikometrik test ini.

Semua calon ingin lulus dalam ujian ini. Ingat bukan seorang, tapi beribu saingan anda. Nak lulus kena ada persiapan lengkap bukan?

Persiapan apa? Persiapan latih tubi contoh soalan dan cara yang betul dalam menjawab soalan.

Nak buat semua ni bukan mudah. Anda kena korbankan masa untuk buat research. Dan lagi penat bila tak jumpa “Soalan Bocor” ujian psikometrik SPA tu. Adakah soalan bocor ni?  

“Soalan bocor takkan wujud!”

Ada baiknya anda jangan terikut dengan mentaliti sesetengah calon yang seperti ini. Jangankan soalan bocor, buku rujukan exam PSEE saja pun pihak SPA tidak keluarkan. Kena cari sendiri usaha sendiri.

Rujukan Lengkap ujian Psikometrik

Jangan panik sebab tak tahu nak studi apa. Anda memang bertuah kerana terjumpa laman ini. kami sudah siapkan anda rujukan khusus bagi psikometrik test yang sesuai dengan semua jawatan kerajaan.

Ianya Versi Terbaru 2021 dan telah bantu ramai calon ‘menangi’ jawatan idaman mereka sejak 2009 lagi.

Anda boleh dapatkan lebih Advance contoh soalan ujian Psikometrik 2020 dan tahun-tahun lepas termasuk jawapannya sekali dalam rujukan ini. Jenis-jenis perangkap dan cara hindarinya semuanya Done For You…

“Preview Copy contoh soalan dan jawapan ujian psikometrik SPA ini kami berikan kepada anda secara PERCUMA. Sila Download jika belum download. Anda boleh buat penilaian sebelum menempah.”

 

Rujukan Ujian Psikometrik 2021
Permohonan anda tidak berjaya. Sila cuba lagi.
Permohonan Anda Berjaya Dihantar.

PREVIEW COPY RUJUKAN

Download lah supaya anda TAHU bagaimana rujukan ini disusun. Anda juga akan dapat EXTRA:

  • 25 Contoh Soalan "HOT" Psikometrik 
  • Channel Support PRIVATE Ujian Psikometrik
  • Info Penting Yang Anda Harus Tahu Ujian Ini

Kami akan hantar semua ini ke email anda. Sila ISI detail dibawah SEKARANG >>>

[PENTING!] Sila SAHKAN email anda di INBOX 1-3 minit selepas permohonan berjaya dihantar. 

Persiapan yang rapi dalam ujian psikometrik SPA dapat menyelamatkan anda daripada dikaburi dengan permainan psikologi.

Jika anda masih belum lagi ada rujukan lengkap, ambilah peluang ini dan tinggalkan saingan anda sementara mereka masih leka.
Jangan sabotajkan diri anda untuk gagal. Yakinlah bahawa anda memang layak ke fasa temuduga. 

Bertindak sekarang sebelum anda tersandung dihari penentuan psikometrik test nanti.

Success Untuk Anda!

Ikuti Page Dan Channel Kami Untuk Tips & Info KERJAYA Berterusan Bagi Jawatan Kerajaan

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You cannot copy content of this page

Hampir Selesai ...
Sila SAHKAN email anda di inbox bagi mengelakkan Sistem Kami Terima Email SPAM