Iklan Jawatan Kosong Kastam

Jawatan Kosong Kastam Dalam Pembantu Penguasa Kastam Gred WK19

Jawatan kosong Kastam ini terbuka untuk seluruh warganegara Malaysia yang berkelayakan. Calon-calon yang berminat dikehendaki untuk baca sehingga habis syarat-syarat yang ditentukan dibawah dengan teliti sebelum memohon Jawatan kosong yang tertera.

ISI KANDUNGAN

Info Jawatan Yang Diperlukan

  • Nama jawatan: Pembantu Penguasa Kastam Gred WK19
  • Majikan: Jabatan Kastam Diraja Malaysia
  • 764 kekosongan (700 Simpanan)
  • Gaji Minimum: RM 1353.00
  • Kadar Kenaikan Gaji Tahunan: RM100.00

Kelayakan Jawatan Kosong Kastam

  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia
  •  Berumur 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan
  •  Mempunyai minima Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM).
  •  Memiliki Minimum gred C Bahasa Malaysia pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Deskripsi Tugasan Jawatan kosong Kastam

Bertanggungjawab untuk membantu pungut cukai dan fasilitasi perkastaman kepada sektor perdagangan dan perindustrian serta meningkatkan pematuhan perundangan demi kepentingan ekonomi, sosial dan keselamatan negara.

Info Tambahan

1. Calon-calon yang memohon hendaklah memiliki ciri-ciri:

  • Dinamik
  • Berpandangan jauh
  •  Berkaliber tinggi
  •  Berdisiplin
  • Berpengetahuan

2. Semua pemohon jawatan kosong Kastam akan menjalani saringan melalui ujian/proses tapisan. Hanya calon yang berjaya menghadapi proses saringan akan dipanggil untuk temuduga.

3. Calon yang tidak dihubungi lebih enam (6) bulan daripada tarikh temuduga ditutup hendaklah menganggap permohonan anda tidak berjaya.

4. Sekiranya anda berkhidmat di jabatan ini anda juga akan diberikan cuti sakit, cuti tahunan dan kenaikkan gaji setiap tahun.

Cara Memohon Jawatan Kosong Kastam

1. Permohonan jawatan kosong tertera hanya boleh dilakukan secara online (atas talian) melalui portal Spa9 yang kami kongsikan dibawah.

2. Calon yang belum pernah mendaftar hendaklah mendaftar pada portal tertera sebelum membuat permohonan terhadap jawatan tersebut.

3. Calon yang sudah berdaftar hendaklah mengisi maklumat diri yang lengkap dan resume terkini besertakan dengan dokumen-dokumen yang berkaitan.

4. Calon hendaklah memastikan permohonan online yang dilakukan adalah lengkap kerana permohonan yang tidak lengkap, tidak akan diproses.

5. Tarikh tutup permohonan untuk jawatan tersebut adalah 23 November 2020

6. Hanya calon yang layak akan dipanggil untuk temuduga.

Sekiranya anda berminat dengan jawatan kosong Kastam dalam Pembantu Penguasa Kastam Malaysia Gred WK19 ini bolehlah memohon di LAMAN SPA9

SUCCESS SELALU!

ARTIKEL BERKAITAN: Jawatan Kosong Tentera Udara Diraja Malaysia

Dapatkan INFO semasa secara PERCUMA mengenai Jawatan Kosong Kerja Kerajaan yang lain dari kami. Isi detail anda. 

*Email anda adalah PRIVACY KAMI

Ikuti Page Dan Channel Kami Untuk Tips & Info KERJAYA Berterusan Bagi Jawatan Kerajaan

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You cannot copy content of this page

Hampir Selesai ...
Sila SAHKAN email anda di inbox bagi mengelakkan Sistem Kami Terima Email SPAM