Jawatan Kosong UNISHAMS

Jawatan Kosong uNISHAMS

Jawatan kosong UniSHAMS ini terbuka untuk seluruh warganegara Malaysia yang berkelayakan. 

Calon-calon yang mempunyai ciri-ciri keperibadian seperti Imej dan keterampilan yang kemas dan bersih, mempunyai bakat kepimpinan, semangat tinggi dalam kerja berkumpulan, sifat jati diri yang cemerlang dan kelayakan profesionalisme yang sesuai dengan jawatan adalah digalakkan untuk memohon.

Anda yang berminat dikehendaki untuk baca syarat-syarat yang ditentukan dengan teliti sebelum memohon Jawatan kosong yang tertera.

Info Jawatan:

Jawatan ditawarkan:

Pensyarah Kanan Gred DS51 (Bahagian Akademik)
Professor Perubatan Gred VK7 (Ortopedik) (Bahagian Akademik)
Pustakawan Gred S41 (Bahagian Pengurusan)  

  • Kelayakan Minimum: Ijazah Sarjana Muda
  • Majikan: Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS)
  • Taraf Jawatan: Kontrak (2 Tahun)
  • Lokasi: Kedah
  • Gaji Ditawarkan:
      • Pensyarah Kanan Gred DS51
        • Gaji Minimum: RM 5,885.00
        • Gaji Maksimum: RM 12,445.00
      • Professor Perubatan Gred VK7 (Ortopedik)
        • Gaji Minimum: RM 7,189.63
        • Gaji Maksimum: RM 14,587.54
      • Pustakawan Gred S41
        • Gaji Minimum: RM 2,078.00
        • Gaji Maksimum: RM 9,544.00
      •  

Kelayakan Khusus Bagi Jawatan Kosong UniSHAMS

Pensyarah Kanan Gred DS51 (Bahagian Akademik)

  • Calon hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya Ijazah Doktor Falsafah(PhD) dalam bidang yang berkaitan yang telah diiktirafkan oleh pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  • Mempunyai Gred kepujian (sekurang-sekurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu dalam Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf oleh kerajaan setaraf dengannya.
  • Memiliki sekurang-sekurangnya lima (5) tahun pengalaman menjadi pensyarah atau mempunyai sepuluh (10) tahun dalam industri berkaitan dengan kewangan dan Perbankan Islam
  • Calon yang berminat hendaklah mengemukakan gaji permulaan yang dipohon.

Professor Perubatan Gred VK7 (Ortopedik) (Bahagian Akademik)

  • Calon hendaklah mempunyai Ijazah Perubatan Asas dan lepasan Ijazah yang diiktiraf dengannya

DAN

  • Calon hendaklah mempunyai Ijazah Sarjana Ortopedik atau Ijazah Professional seperti FRCS dalam bidang yang berkaitan yang telah diiktirafkan oleh pengajian tinggi tempatan/ luar negara yang diiktiraf setaraf dengannya

DAN

  • Calon harus mempunyai sekurangnya 10 tahun pengalaman dalam bidang perubatan
  • Calon juga harus mempunyai kemahiran interpersonal dan komunikasi yang baik (Bahasa Inggeris)
  • Calon yang berminat hendaklah mengemukakan gaji permulaan yang dipohon.

Pustakawan Gred S41 (Bahagian Pengurusan)

  • Calon hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda kepujian dalam bidang yang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang setaraf dengannya.
      • Senarai Bidang yang telah ditetapkan:
        • Sains Pengajian Maklumat (pengurusan perpustakaan dan maklumat atau pengurusan pusat sumber maklumat)
        • Perpustakaan
        • Sains Perpustakaan dan Maklumat
  • Mempunyai Gred kepujian (sekurang-sekurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu dalam Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf oleh kerajaan setaraf dengannya.
  • Calon harus mempunyai sekurangnya 3 tahun pengalaman dalam bidang yang berkaitan.
  • Calon yang berminat hendaklah mengemukakan gaji permulaan yang dipohon.

Info Tambahan Jawatan Kosong UniSHAMS

  1. Calon-calon yang memohon hendaklah memiliki ciri-ciri:
    • Dinamik
    • Pro-aktif
    • Berpandangan jauh
    • Berkaliber tinggi
    • Berdisiplin
    • Berpengetahuan

Cara Memohon Jawatan Kosong UniSHAMS

  1. Permohonan jawatan kosong tertera hanya boleh dilakukan secara online (atas talian) melalui portal Vacancy UniSHAMS yang kami kongsikan di bawah.
  2. Calon yang belum pernah mendaftar hendaklah mendaftar pada portal tertera sebelum membuat permohonan terhadap jawatan tersebut.
  3. Calon yang sudah berdaftar hendaklah mengisi maklumat diri yang lengkap dan resume terkini besertakan dengan dokumen-dokumen yang berkaitan.
  4. Setiap permohonan mestilah bersertakan:
    • Kad Pengenalan diri
    • Sijil Kelahiran
    • Sijil-sijil persekolahan
    • Kelulusan Akademik (Sijil/Diploma/Ijazah) *Mana yang berkaitan dengan Jawatan yang dipohon.
    • Satu (1) keping gambar terbaru berukuran passport
  5. Calon hendaklah memastikan permohonan online yang dilakukan adalah lengkap kerana permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.
  6. Calon akan menjalani saringan melalui ujian/proses tapisan. Hanya calon yang berjaya menghadapi proses saringan akan dipanggil untuk temuduga.
  7. Calon yang tidak dihubungi lebih enam (6)bulan daripada tarikh tutup hendaklah menganggap permohonan anda tidak berjaya.
  8. Tarikh tutup permohonan adalah 28 Mac 2021

Jika anda berminat dan ingin memohon untuk Jawatan Kosong UniSHAMS yang disenaraikan diatas, sila kunjungi laman rekruitment >>> UniSHAMS

BACA JUGA: Pengambilan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM)

Dapatkan INFO semasa secara PERCUMA mengenai Jawatan Kosong Kerja Kerajaan Yang Lain dari kami. Isi detail anda. 

*Email anda adalah PRIVACY KAMI

Ikuti Page Dan Channel Kami Untuk Tips & Info KERJAYA Berterusan Bagi Jawatan Kerajaan

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You cannot copy content of this page

Hampir Selesai ...
Sila SAHKAN email anda di inbox bagi mengelakkan Sistem Kami Terima Email SPAM