Jawatan Kosong Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah ini terbuka untuk seluruh warganegara Malaysia yang berkelayakan.
Calon-calon yang mempunyai ciri-ciri keperibadian seperti Imej dan keterampilan yang kemas dan bersih, mempunyai bakat kepimpinan, semangat tinggi dalam kerja berkumpulan, sifat jati diri yang cemerlang dan kelayakan profesionalisme yang sesuai dengan jawatan adalah digalakkan untuk memohon.
Calon-calon yang berminat dikehendaki untuk membaca syarat-syarat yang ditentukan dengan teliti sebelum memohon Jawatan kosong yang tertera.
ISI KANDUNGAN
Info Jawatan
Nama Jawatan :
- Pegawai Veterinar Gred GV41
Kelayakan Minimum: Ijazah Doktor Perubatan
- Majikan: Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah
- Taraf Jawatan: Tetap & Berpencen
- Jumlah Kekosongan: 9
- Lokasi: Sabah (Kota Kinabalu)
- Gaji
- Minimum: RM2,697.00
- Maximum: RM9,551.00
- Kenaikan Gaji Tahunan: RM 225.00
Kelayakan Jawatan Kosong Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah
- Warganegara Malaysia
- 18 tahun ke atas pada tarikh tutup permohonan.
- Calon hendaklah memiliki minimum Ijazah Doktor Perubatan Veterinar atau ilmu perubatan veterinar atau Sains Veterinar kepujian dalam bidang yang ditetapkan atau bidang-bidang yang berkaitan yang telah diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diktiraf setaraf dengannya.
- Calon hendaklah berdaftar dibawah Seksyen 12(1) Akta Doktor Veterinar 1974 (Akta 147).
- Mendapat sekurang-kurangnya gred ‘C’ dalam mata pelajaran BM termasuk ujian lisan.pada peringkat Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM)
Deskripsi Kerja
Antara tugas Pegawai Veterinar Gred GV41 Jabatan Perkhidmatan Veterinar adalah:
- Mempunyai tanggungjawab untuk mengawal penyakit haiwan dan kaedah rawatannya.
- Bertanggungjawab untuk memastikan makanan-makanan penternakan selamat untuk orang awam.
- Membuat Perancangan kerja-kerja pemeliharaan dan pembaikan mutu ternakan dan memastikan kerja dijalankan.
- Menjadi penguatkuasa undang-undang import bahan ternakan.
- Awasi pusat-pusat kuarantina
- Menyiapkan laporan pembangunan dan kemajuan tahunan Jabatan
- Tugas pentadbiran Jabatan.
Kelebihan Lain
Calon yang berjaya akan mendapat kadar kenaikan gaji tahunan, cuti tahunan, cuti sakit dan pelbagai elaun berdasarkan gred/lokasi jawatan.
Info Tambahan Jawatan Kosong Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah
- Calon-calon yang memohon hendaklah memiliki ciri-ciri:
- Dinamik
- Pro-aktif
- Berpandangan jauh
- Berkaliber tinggi
- Berdisiplin
- Berpengetahuan
- Calon akan menjalani saringan melalui ujian/proses tapisan. Hanya calon yang berjaya menghadapi proses saringan akan dipanggil untuk temuduga.
- Calon yang tidak dihubungi lebih empat (4) bulan daripada tarikh temuduga ditutup hendaklah menganggap permohonan anda tidak berjaya.
Cara Memohon Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah
- Permohonan jawatan kosong tertera hanya boleh dilakukan secara online (atas talian) melalui portal SPANS yang kami kongsikan di bawah.
- Calon yang belum pernah mendaftar hendaklah mendaftar pada portal tertera sebelum membuat permohonan terhadap jawatan tersebut.
- Calon yang sudah berdaftar hendaklah mengisi maklumat diri yang lengkap dan resume terkini besertakan dengan dokumen-dokumen yang berkaitan.
- Dokumen yang perlu disediakan adalah seperti berikut:
- Sijil Lahir
- Kad Pengenalan Pemohon
- Kad Pengenalan Ibu Bapa (Sijil Mati jika berkaitan)
- Sijil – Sijil Akademik dan
- Dokumen-dokumen lain yang berkaitan dan disyaratkan
- Calon juga mesti menyediakan Salinan Sijil-Sijil Asal (yang telah dimuat naik dalam sistem ESPANS) apabila berjaya dipanggil untuk ditemuduga.
- Calon hendaklah memastikan permohonan online yang dilakukan adalah lengkap kerana permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.
- Tarikh tutup permohonan untuk jawatan tersebut adalah 24 April 2021, Jam 11.59 PM.
Jika anda berminat dan ingin berbakti dalam Jawatan Kosong Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah ini bolehlah memohon di LAMAN >>>SPANS
ARTIKEL BERKAITAN:
Dapatkan INFO semasa secara PERCUMA mengenai Jawatan Kosong Kerja Kerajaan Yang Lain dari kami. Isi detail anda.
*Email anda adalah PRIVACY KAMI