Calon Memberi Salam Dengan Penuh Semangat Kepada Panel Penemuduga Adalah Salah Satu Cara Memperkenalkan Diri Semasa Temuduga SPA

Cara Memperkenalkan Diri Semasa Temuduga SPA

Salah satu cara memperkenalkan diri semasa temuduga SPA adalah anda harus jaga “Firts Impression” dengan baik. Ini adalah sangat penting sebelum ke next step sesi soal jawab. 

Yela seperti mula-mula anda kenal dengan pasangan anda dulu tu… Dalam banyak-banyak pertemuan, pandangan pertama lah yang selalu mengegarkan jantung.

Dalam hal temuduga pula step pertama ketika anda mula bercakap dengan panel penemuduga adalah sangat penting untuk dinilai. Tapi masalah utama dalam temuduga ramai calon yang ‘mengarut’ ketika disuruh perkenalkan diri.

Ada yang cakap panjang meleret ntah apa benda,.. ada yang tidak tentu arah dan yang sedihnya lagi terbalik pun ada. Jadi anda wajib tahu cara memperkenalkan diri semasa temuduga SPA dengan betul.  

ISI KANDUNGAN

Skrip Cara Memperkenalkan Diri Semasa Temuduga SPA

Poin utama ini wajib ada dalam skrip anda 

  • Nama 
  • Umur
  • Tempat Asal
  • Detail Ringkas Pendidikan
  • Pengalaman kerja (jika ada). Jika tiada tukarkan kepada kursus atau kemahiran yang anda pernah ikuti

Masukkan juga elemen “Mengapa anda layak untuk dapatkan jawatan ini.”

Dibawah adalah contoh Skrip Cara Memperkenalkan Diri Semasa Temuduga SPA yang anda boleh praktikan. Ubah saja bahagian mana yang patut.

“Nama Saya Faizal Abdullah berasal dari Damansara Kuala Lumpur. Saya berkelulusan ijazah sarjana muda dalam bidang perubatan. Saya baru saja tamat pengajian pada bulan Mei tahun ini. 

Semasa dalam tempoh pembelajaran, saya ada mengikuti akademik kemahiran dalam perubatan moden dan buat masa sekarang saya bekerja sebagai ‘partime’ di sebuah kedai farmasi. Saya hadir ke temuduga kerana ingin memohon jawatan ini. 

Dengan skill perubatan zaman moden yang saya miliki ini saya yakin dapat membantu lagi masyarakat merawat penyakit dengan mudah dan lebih berkesan.

Semasa disuruh kenalkan diri, kawal tempoh kelajuan anda bercakap. Jangan bercakap terlalu laju atau terlalu perlahan. Biar yang sedang-sedang saja dan suara harus jelas. Ini bagi mengelakkan panel penemuduga terlepas beberapa poin penting yang anda sampaikan. 

Anda juga tidak perlu nyatakan tempat kelahiran, hobi atau perkara yang anda minat. Bila Skrip anda terlalu panjang, panel penemuduga akan berasa bosan kerana masa adalah sangat penting bagi mereka.
Jadi ringkaskan saja.

Anda Dipanggil? Semak Keputusan Temuduga SPA Mengikut Jabatan Disini

Oyeah Ketika anda baru masuk ke bilik temuduga, jika penel penemuduga tersebut menghulurkan tangan untuk bersalaman, sambut salam dengan penuh semangat. Goyangkan tangan tapi jangan terlalu kuat diiringi dengan senyuman manis. 

Jangan tunduk! kena buat “eye contact.” Tapi jangan terlalu lama pulaTatap mata mereka lebih kurang 3 saat lepas tu alihkan pandangan seketika. Jangan duduk selagi tidak disuruh.

Jika anda disuruh kenalkan diri barulah gunakan skrip diatas. Jawab mengikut bahasa yang digunakan oleh panel penemuduga.

Cara Memperkenalkan Diri Semasa Temuduga SPA – Awas Perangkap Ini

Ada sesetengah situasi dimana panel penemuduga ingin menguji anda dengan beberapa soalan yang mereka tanya semasa temuduga SPA. Jadi pastikan anda dapat mengawal emosi anda dengan baik.

Jawab saja dengan tenang dan jujur. Jangan anda terperangkap dengan sesetengah tindakan mereka yang menyakitkan hati ketika perbincangan temuduga kerja kerajaan ini berjalan.

Contohnya ada sesetengah penemuduga sengaja menjawab atau menanyakan soalan kepada anda dengan melantangkan suara mereka sehingga membuat anda jadi ‘HOT’. 

Jadi tetaplah sentiasa senyum dan anggap sahaja mereka bergurau. “Dont Take Personal.”

Sekiranya panel temuduga tersebut merokok dan mengajak anda sekali berbuat demikian, jangan sesekali anda menghisap rokok. Sembunyikan nilai negatif anda walaupun anda seorang perokok. 

Baca juga: Contoh Soalan Temuduga SPA


Cara Memperkenalkan Diri Semasa Temuduga SPA Dengan Menghilangkan Perasaan Gementar

Percaya atau tidak tapi harus dipercayai. Segala pertuturan yang baik adalah dimulai dengan bercakap tanpa ada ‘sangkut-sangkut.’

Elakkan pengunaan perkataan Eerrr…, Aaaaa,,.. yang berlebihan semasa anda menyampaikan maklumat kepada panel penemuduga. Cakap dengan penuh yakin seperti seorang profesional. 

Jika ada sesuatu perkara yang anda tidak tahu atau kurang pasti jangan diam. Bertanya itu lebih baik.

Untuk hilangkan rasa gementar, berikut kami kongsikan 5 tipsnya…

Tarikh Nafas Semasa Temuduga SPA

Selain hilangkan rasa gementar, teknik ini juga boleh anda praktikan jika anda berada dalam kondisi takut, marah atau stress. Caranya cukup mudah. 

Tarik nafas anda kemudian lepaskan dengan perlahan. Ingat jangan sampai ada bunyi. Nanti ketahuan pula bahawa anda sedang dalam ketakutan. 

Berlatih Bercakap

Persiapan amat penting sebelum anda diwawancara. Bila anda cukup bersedia, keyakinan pun akan muncul dengan sendirinya. 
Berlatihlah bercakap di depan cermin atau di dalam bilik dengan membayangkan ada penemuduga berada di depan anda saat itu. 

Untuk tips persiapan sebelum hari temuduga yang lengkap anda boleh baca >>> Disini

Pergerakan Anggota Badan

Jika anda perasan, ada sesetengah orang mengerakkan tangannya ketika berucap. Ini adalah salah satu teknik untuk kita salurkan rasa gementar kita melalui pergerakan. 

Anda juga boleh salurkan perasaan gementar anda melalui pergerakan dengan mengoyangkan kaki anda ketika ditemuduga nanti. Dalam kondisi semasa bercakap berdiri pula, ada sesetengah orang menyalurkan rasa gementar dengan berpindah posisi dari satu tempat ke tempat lain.

Berfikiran Positif Semasa Temuduga SPA

Jika anda selalu berfikir hal yang baik, maka otak anda akan sentiasa mencari penyelesain bagi setiap masalah atau soalan yang anda hadapi. Berfikirlah bahawa anda akan berbicara lebih baik dari panel penemuduga anda saat itu.

Teknik Bayangkan

Sebelum keluar rumah dihari temuduga, tarik nafas lepaskan perlahan kemudian pejamkan mata anda seketika… 

“Bayangkan saat ini nda sedang berbicara dengan panel penemuduga dengan baik tanpa ‘sangkut.’ Kemudian panel temuduga tersebut tersenyum lebar dengan anda dan sangat menyukai dengan cara penyampaian anda.” 

Dengan cara ini dapat membetulkan setting di minda anda supaya keadan diri dalam posisi yang penuh yakin dan bersedia.

Rujukan Persiapan Temuduga Kerja Kerajaan 

Bagi memudahkan anda buat persiapan lengkap untuk temuduga kerja kerajaan, pihak kami ada keluarkan rujukan “Rahsiah Persiapan Temuduga Kerja Kerajaan”

Rujukan ini mengandungi:

  • Teknik Menjawab Soalan Temuduga
  • Faktor Kejayaan & Kegagalan Calon Temuduga Kerja Kerajaan
  • Cara Terkini Penulisan Resume Temuduga Kerja Kerajaan
  • Rahsia Penampilan Temuduga Sebenar
  • Lebih 250 ++ Soalan & Jawapan Temuduga Kerja Kerajaan
Preview Copy bagi rujukan ini juga kami sediakan untuk anda DOWNLOAD secara PERCUMA.
Rujukan Lengkap Tips Temuduga SPA
Permohonan anda tidak berjaya. Sila cuba lagi.
Permohonan Anda Berjaya Dihantar.

PREVIEW COPY RUJUKAN

Downlod lah supaya anda TAHU bagaimana rujukan ini disusun. Anda juga akan dapat EXTRA:

  • Persiapan Asas Penting Untuk Temuduga Kerajaan
  • 5 Soalan LAZIM Yang Biasa Ditanya 
  • Channel Support Tips & Info Kerjaya

Kami akan hantar semua ini ke email anda. Sila ISI detail dibawah SEKARANG >>>

[PENTING!] Sila SAHKAN Email anda di INBOX 1-3 minit selepas Permohonan Berjaya Dihantar

Keyakinan diri semasa temuduga SPA adalah sangat penting. Hadirlah dengan penuh persediaan dan bukannya hadir untuk saja-saja kerana temuduga adalah hari penentu masa depan anda. Tinggal selangkah lagi untuk anda dapat jawatan yang diidamkan selama ini. 

Semoga perkongisan diatas akan memberikan anda kemenangan semasa dihari temuduga nanti.

SUCCESS SELALU!

ARTIKEL BERKAITAN: Tips Temuduga SPA 

Ikuti Page Dan Channel Kami Untuk Tips & Info KERJAYA Berterusan Bagi Jawatan Kerajaan

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You cannot copy content of this page

Hampir Selesai ...
Sila SAHKAN email anda di inbox bagi mengelakkan Sistem Kami Terima Email SPAM