Dalam menghadiri temuduga SPA, cara terbaik untuk buat persiapan adalah dengan mengkaji bakal soalan temuduga SPA yang akan ditanya nanti. Bukannya anda harus menghabiskan masa dengan menghafal jawapan, tetapi anda harus tahu bagaimana cara untuk beri respons terhadap soalan tersebut.
Bila anda ada persiapan yang cukup, maka keyakinan dalam diri pun akan bertambah. Di bawah ini kami kongsikan beberapa contoh soalan temuduga SPA yang ditulis berdasarkan pengalaman dari tahun-tahun lepas.
ISI KANDUNGAN
5 Contoh Soalan Temuduga SPA Asas Yang Biasa Ditanya
- “Sila perkenalkan diri anda.”
- “Mengapakah anda inginkan kerja ini?”
- “Apakah kelebihan dan pengalaman anda?”
- “Mengapakah anda rasa kami harus mengambil anda untuk mengisi kekosogan jawatan ini?”
- “Apakah yang anda ingin capai berkenaan karier dalam masa beberapa tahun akan datang di jabatan ini?”
Bukan saja kerja kerajaan, tapi soalan interview kerja yang asas ini selalu juga diajukan buat calon yang memohon kerja di syarikat swasta.
Senarai skop pecahan bagi soalan temuduga SPA adalah merangkumi personaliti dan latar belakang calon, isu semasa luar dan dalam negara, Hal berkaitan jawatan yang dipohon dan dasar-dasar yang dijalankan oleh kerajaan
Soalan Interview Kerja Mengenai Personaliti Dan Latar Belakang Calon
1) Contoh soalan temuduga SPA dibahagian ini:
“Sila ceritakan sedikit mengenai diri anda?”
Panel Penemuduga bertanyakan soalan ini adalah bertujuan ingin mengetahui tentang diri anda dan dalam masa yang sama untuk mengenal anda. Jadi nasihat kami anda mulakan dulu dengan memperkenalkan diri sekiranya belum.
Jika sudah kenalkan diri kemudian diikuti dengan kedudukan kerjaya dan aktiviti yang anda lakukan buat masa sekarang. Nyatakan perkara yang berkaitan dengan jawatan yang dipohon supaya anda kelihatannya memang layak untuk jawatan tersebut.
Cara memperkenalkan diri semasa temuduga SPA anda boleh belajar >>> DISINI
Contoh Jawapan:
“Pada masa ini saya bekerja secara partime disebuah klinik swasta. Dari pengalamaan saya sebagai pembantu klinik selama 3 tahun, saya telah mengembangkan kemahiran saya dalam mengendalikan peralatan perubatan moden. Kemahiran saya ini dapat menjimatkan masa dalam melakukan tugas.”
2) Contoh Soalan Temuduga SPA dibahagian ini:
“Apakah kelemahan dan kekuatan yang anda miliki dalam jawatan ini?”
Memang sukar untuk kita nyatakan kelemahan kita dalam sesuatu perkara yang kita inginkan. Walau bagaimanapun anda harus nyatakan dengan benar dibahagian ini. Tunjukkan anda sedar diri dan berusaha untuk jadi lebih baik.
Dari segi kekuatan pula nyatakan kemahiran teknikal dan sikap yang anda miliki. Nyatakan sifat peribadi anda dan kelebihannya.
Contoh Jawapan:
“Pada awal karier saya dalam bidang ini saya sangat bergantung dengan software sehingga mengabaikan kerja yang harus dilakukan secara manual.
Ini menyebabkan sikap kerajinan saya semakin menurun. Saya sedar tidak semua perkara harus dilakukan secara automatik. Tetapi dengan sikap rendah diri yang saya ada saya akan belajar kaedah kovensional dari rakan sekerja yang lain.”
3) Contoh soalan temuduga SPA dibahagian ini:
“Apakah matlamat anda bersama jabatan ini pada tahun akan datang?”
Soalan ini diajukan supaya penemuduga dapat tahu sekiranya anda ingin kekal lama bekerja ataupun hanya sementara saja di jabatan tersebut. Selain itu mereka ingin menguji tahap perancangan anda untuk masa depan anda bersama jabatan.
Contoh Jawapan:
“Untuk jangka masa 2 tahun ini saya ingin belajar lebih dalam lagi dalam bidang perubatan ini dan meningkatkan kualiti cara kerja dalam berpasukan.
Saya ingin mendapatkan pengalaman khusus dalam pengendalian alat perubatan moden yang bertaraf antarabangsa supaya saya dapat bantu jabatan ini berkembang dalam industri perubatan setaraf dengan negara lain.”
Soalan Interview kerja Mengenai Isu Semasa Dalam Dan Luar Negara
Cara atasi soalan berkenaan ini, anda harus rajin luangkan masa baca berita sama ada melalui surat khabar, internet atau pun media elektronik. Contohnya di Awani. Beri perhatian kepada isu panas yang berkaitan dengan jabatan yang anda pohon.
Contoh Soalan Temuduga SPA isu semasa dalam negara:
- “Siapakah nama menteri yang baru dilantik di jabatan ini?”
- “Apakah akta yang dikenakan oleh kerjaan terhadap pelaku yang menyebarkan berita palsu melalui media sosial dalam negara?”
- “Apakah langkah khas yang diambil oleh kerjaan Malaysia bagi mengatasi masalah Covid-19 dalam negara ini?”
Contoh Soalan Temuduga Spa isu semasa luar negara:
- “Apakah isu yang diketengahkan dalam perang dagang ekonomi besar antara Amerika dengan China?”
- “Pada awal tahun 2020, Negara apakah yang menyokong rejim pimpinan presiden Syria dalam pelancaran serangan terhadap kubu Idlib di wilayah barat laut negara itu?”
- “Apakah faktor yang diambil kira oleh Indeks Kedamaian Global(IEP) Tahun 2020 bagi mengiktiraf Malaysia sebagai negara islam paling damai didunia?”
Soalan Interview Kerja Mengenai Jawatan Yang Dipohon
Study lebih dalam lagi perkara yang berkaitan dengan jawatan yang dipohon sama ada dalam bidang tugas ataupun tanggungjawab.
Contoh Soalan Temuduga SPA dibahagian ini:
- “Apakah yang anda tahu tentang jabatan ini?”
- “Apakah tugas dan peranan kementerian?”
- “Sekiranya kami berikan jawatan ini kepada anda, apakah sumbangan yang anda boleh berikan kepada jabatan ini?”
Soalan Interview Kerja Mengenai Dasar kerajaan
Sejak dulu lagi kerajaan telah mengamalkan dasar-dasar tertentu bagi menambah baik ekonomi, pembangunan, keselamatan dan perpaduan untuk negara. Calon hendaklah ambil berat dan peka terhadap langkah baru atau perubahan yang diambil oleh kerajaan setiap tahun.
Contoh soalan temuduga SPA dibahagian ini:
- “Apakah matlamat utama kerajaan dalam melaksanakan Dasar Ekonomi Baru?”
- “Sila nyatakan objektif kerajaan dalam melaksanakan wawasan kemakmuran bersama (WKB) 2030”
- “Apakah tema bagi dasar keselamatan dan ketenteraman awam Malaysia?”
Tips Cara Menjawab Soalan Temuduga SPA
Lakukan Ini
- Jawab dengan penuh semangat dan percaya diri.
- Tunjukkan minat dan semangat semasa menjawab melalui ekspresi wajah anda.
- Tetaplah rendah hati walaupun anda ada banyak pengalaman di bidang tersebut.
- Pastikan handphone dalam keadaan mode silent.
- Ucapkan terima kasih selepas temuduga SPA berakhir.
Elakkan Perkara Ini
- Jangan memikirkan soalan terlalu lama.
- Semasa jawab soalan temuduga SPA jangan tunduk. Sekali sekala tatap mata penemuduga.
- Jangan mengunyah gula-gula semasa menjawab soalan temuduga SPA.
- Elakkan memberi jawapan yang berputar belit. Jawab “Direct to the point”.
- Jika pernah bekerja sebelum ini, Jangan cerita buruk tentang majikan lama anda.
Baca juga: Tips Temuduga SPA
Berdasarkan pengalaman kami, ramai calon yang gagal dalam temuduga adalah disebabkan mereka tidak tahu format soalan temuduga SPA.
Maka dengan itu pihak kami keluarkan satu Rujukan Khusus untuk temuduga kerja kerajaan yang mana sesuai untuk semua jenis jawatan perkhidmatan awam.
Rujukan ini telah bantu ramai calon dapatkan pekerjaan sejak 2009 lagi. Untuk Rujukan lengkap latih tubi contoh soalan temuduga SPA dan jawapan yang lebih mencabar, anda boleh dapatkan dibawah ini…
Rujukan Rahsia Persiapan Temuduga Kerja Kerajaan
Rujukan ini mengandungi:
- Puluhan muka surat dalam bentuk grafik
- Nota ringkas
- Persiapan WAJIB dari A – Z
- Pelbagai contoh soalan temuduga SPA yang biasa ditanya
- Rahsia teknik menjawab dan jawapan untuk soalan
Apa yang bestnya lagi kami bagi anda Preview Copy PERCUMA untuk anda DOWNLOAD. Jika belum ada Preview Copy rujukan ini sila dapatkan ya.
[PENTING!] Sila Periksa Email Anda di INBOX 1-3 Minit Selepas Permohonan Anda Berjaya Dihantar
Tahu soalan temuduga SPA yang bakal ditanya sebelum menghadiri temuduga adalah satu tiket untuk anda menang dalam jawatan ini. Buatlah latih tubi berkenaan soalan yang bakal ditanya nanti.
Rajin-rajin baca berita terkini supaya secara tidak langsung dapat menambahkan lagi pengetahuan anda dalam isu semasa baik dalam atau pun luar negara.
Terutama yang berkaitan dengan jawatan jabatan yang anda pohon. Sangat mudah untuk jawab soalan temuduga SPA nanti.
Success Selalu!
ARTIKEL BERKATIAN: Cara Memperkenalkan Diri Semasa Temuduga