Iklan Jawatan Kosong Kerajaan Negeri Pulau Pinang

Jawatan Kosong Kerajaan Negeri Pulau Pinang

Jawatan kosong kerajaan negeri Pulau Pinang ini terbuka untuk seluruh warganegara Malaysia yang berkelayakan. Calon-calon yang mempunyai ciri-ciri keperibadian seperti Imej dan keterampilan yang kemas dan bersih, mempunyai bakat kepimpinan, semangat tinggi dalam kerja berkumpulan, sifat jati diri yang cemerlang dan kelayakan profesionalisme yang sesuai dengan jawatan adalah digalakkan untuk memohon. Calon-calon yang berminat dikehendaki untuk membaca syarat-syarat yang ditentukan dengan teliti sebelum memohon Jawatan kosong yang tertera.

ISI KANDUNGAN

Info jawatan

  • Nama jawatan kosong: Pengawas Hutan Gred G19
  • Majikan: Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang
  • 4 kekosongan (3 Simpanan)
  • Gaji Minimum: RM 1,357.00
  • Kadar Kenaikan Gaji tahunan: RM 100.00

Kelayakan Memohon Jawatan Kosong Kerajaan Negeri Pulau Pinang

  1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
  2. Berumur 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan.
  3. Mempunyai minima Sijil Persekolahan Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  4. Mempunyai Sijil Perhutanan Pengawas Hutan daripada Jabatan Perhutanan semenanjung Malaysia atau institut latihan perhutanan Sabah atau kelayakan yang setaraf dengannya.
  5. Memiliki Minimum gred C Bahasa Malaysia pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

*Keutamaan akan diberikan kepada calon lelaki

Bidang Tugas 

Mempunyai tanggungjawab untuk membantu Renjer Hutan/Penolong Pemelihara Hutan dalam melakukan dan memantau persekitaran hutan bagi hutan simpanan kekal dan hutan tanah kerajaan, menjaga aktiviti pembangunan hutan, pengusaha hasil hutan, pembangunan industri
yang focus kepada kayu, pengeluaran hasil hutan, urusan hutan lipur dan tapak semaian hutan, membantu mengumpul maklumat perhutanan dan penguatkuasaan undang-undang perhutanan yang berkaitan.

Info Tambahan Jawatan Kosong Kerajaan Negeri Pulau Pinang

1. Calon-calon yang memohon hendaklah memiliki ciri-ciri:

  •  Dinamik
  • Berpandangan jauh
  • Berkaliber tinggi
  • Berdisiplin
  • Berpengetahuan

2. Calon akan menjalani saringan melalui ujian/proses tapisan. Hanya calon yang berjaya menghadapi proses saringan akan dipanggil untuk temuduga.

3. Calon yang tidak dihubungi lebih tiga bulan daripada tarikh temuduga ditutup hendaklahmenganggap permohonan anda tidak berjaya.

4.Kelebihan Calon yang berjaya akan mendapat pelbagai jenis kelebihan termasuk cuti sakit, cuti tahunan dan kenaikan gaji tahunan.

Cara Memohon Jawatan Kosong Kerajaan Negeri Pulau Pinang

1. Permohonan jawatan kosong tertera hanya boleh dilakukan secara online (atas talian) melalui portal SPA9 yang kai kongsikan di bawah.

2. Calon yang belum pernah mendaftar hendaklah mendaftar pada portal tertera sebelum membuat permohonan terhadap jawatan tersebut.

3. Calon yang sudah berdaftar hendaklah mengisi maklumat diri yang lengkap dan resume terkini besertakan dengan dokumen-dokumen yang berkaitan.

4. Calon hendaklah memastikan permohonan online yang dilakukan adalah lengkap kerana permohonan yang tidak lengkap, tidak akan diproses.

5. Tarikh tutup permohonan untuk jawatan tersebut adalah 01 Disember 2020.

6. Hanya calon yang layak akan dipanggil untuk temuduga.

Demikian Jawatan Kosong Kerajaan Negeri Pulau Pinang dalam jawatan Pengawas Hutan Gred19 yang kami kongsikan. Sekiranya anda berminat bolehlah memohon di LAMAN SPA9

ARTIKEL BERKAITAN: Jawatan Kosong Tentera Udara Diraja Malaysia

Dapatkan INFO semasa secara PERCUMA mengenai Jawatan Kosong Kerja Kerajaan yang lain dari kami. Isi detail anda. 

*Email anda adalah PRIVACY KAMI

Ikuti Page Dan Channel Kami Untuk Tips & Info KERJAYA Berterusan Bagi Jawatan Kerajaan

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You cannot copy content of this page

Hampir Selesai ...
Sila SAHKAN email anda di inbox bagi mengelakkan Sistem Kami Terima Email SPAM