Iklan Jawatan Kosong Lembaga Pembangunan Langkawi

Jawatan Kosong Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA)

Jawatan kosong Lembaga Pembangunan Langkawi ini terbuka untuk seluruh warganegara Malaysia yang berkelayakan. Calon-calon yang berminat dikehendaki untuk baca sehingga habis syarat-syarat yang ditentukan di bawah dengan teliti sebelum memohon Jawatan kosong yang tertera.

ISI KANDUNGAN

Info Jawatan Yang Diperlukan

  • Pegawai Tadbir Gred N41
  • Penolong Jurutera Gred JA29
  • Penolong Pegawai Tadbir Gred N29
  • Pembantu Keselamatan Gred KP19
  • Pembantu Kemahiran Gred H19
  • Pengawal Keselamatan Gred KP11

Majikan: Lembaga Pembangunan Langkawi
Taraf Jawatan: Tetap
Lokasi:Kedah

Jadual Gaji Mengikut Jawatan

Jadual gaji mengikut jawatan (LADA)

Kelayakan Asas Jawatan Kosong Lembaga Pembangunan Langkawi

  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan.
  • Memiliki Minimum gred C Bahasa Malaysia pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Kelayakan Khusus

Pegawai Tadbir Gred N41

  •  Mempunyai minima Ijazah Sarjana Muda dalam pelancongan atau bidang yang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  • Keutamaan diberi kepada calon yang boleh bertutur lebih daripada 2 bahasa (Inggeris dan Melayu.)

Penolong Jurutera Gred JA29

  • Mempunyai minima sijil dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik atau kelayakan yang setaraf dengannya.

Penolong Pegawai Tadbir Gred N29

  • Mempunyai Minima Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau kelayakan setaraf yang diiktiraf oleh kerajaan

Pembantu Keselamatan Gred KP19

  • Mempunyai minima Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang setaraf yang diiktiraf oleh kerajaan atau
  • Bekas anggota polis atau tentera yang sekurangkurangnya berpangkat Konstabel Polis Sokongan atau Prebet atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan memuaskan.

Pembantu Kemahiran Gred H19

  • Mempunyai minima Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang setaraf yang diiktiraf oleh kerajaan.

Pengawal Keselamatan Gred KP11

  • Mempunyai PT3 atau PMR atau kelayakan yang setaraf dengannya yang diiktiraf oleh kerajaan.
  • Mempunyai fizikal dan tubuh badan yang sihat.

Info Tambahan Jawatan Kosong Lembaga Pembangunan Langkawi

1. Calon-calon yang memohon hendaklah memiliki ciri-ciri:

  • Dinamik
  • Berpandangan jauh
  • Berkaliber tinggi
  • Berdisiplin
  • Berpengetahuan

2. Calon akan menjalani saringan melalui ujian/proses tapisan. Hanya calon yang berjaya menghadapi proses saringan akan dipanggil untuk temuduga.

3. Calon yang tidak dihubungi lebih tiga bulan daripada tarikh temuduga ditutup hendaklah menganggap permohonan anda tidak berjaya.

4. Jika anda berkhidmat di jabatan ini anda juga akan dapat cuti sakit, cuti tahunan dan kenaikan gaji tahunan.

Cara Memohon Jawatan Kosong Lembaga Pembangunan Langkawi

1. Calon yang berminat hendaklah mendapatkan borang Permohonan melalui portal yang kami kongsikan dibawah.

2. Setiap permohonan mesti dihantar, salinan dokumen berikut mesti disertakan: 

  • Kad Pengenalan diri
  • Sijil Kelahiran
  • Sijil-sijil persekolahan
  • Kelulusan Akademik (Sijil/Diploma/Ijazah) *Mana yang berkaitan dengan Jawatan yang dipohon.*
  • Satu (1) keping gambar terbaru berukuran passport
  • Dokumen-dokumen sokongan yang lain (Jika ada)

3. Semua salinan dokumen yang berkaitan hendaklah disahkan oleh pegawai kerajaan dalam bahagian Pengurusan dan Profesional.

4. Borang yang dihantar dan diterima selepas tarikh tutup akan ditolak serta-merta.

5. Calon akan menjalani saringan melalui ujian/proses tapisan. Hanya calon yang berjaya menghadapi proses saringan akan dipanggil untuk temuduga.

6. Calon yang tidak dihubungi lebih enam (6) bulan daripada tarikh temuduga ditutup hendaklah menganggap permohonan anda tidak berjaya.

7. Tarikh tutup Permohonan adalah 23 November 2020.

8. Setiap permohonan mesti meletakkan (NAMA JAWATAN YANGDIPOHON) di bahagian atas sebelah kiri sampul.

9. Borang Permohonan Jawatan Kosong yang lengkap mesti dihantar kepada:

Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Pembangunan Langkawi
Tingkat 3, Kompleks LADA
Jalan Persiaran Putra
07000 Kuah, Langkawi
KEDAH DARUL AMAN
(u.p. Bahagian Sumber Manusia dan Khidmat Pengurusan)

Demikian jawatan kosong Lembaga Pembangunan Langkawi yang kami kongsikan di atas. Sekiranya anda berminat bolehlah dapatkan borang permohonan di laman rasmi LADA ini. 

ARTIKEL BERKAITAN:

Dapatkan INFO semasa secara PERCUMA mengenai Jawatan Kosong Kerja Kerajaan yang lain dari kami. Isi detail anda. 

*Email anda adalah PRIVACY KAMI

Ikuti Page Dan Channel Kami Untuk Tips & Info KERJAYA Berterusan Bagi Jawatan Kerajaan

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You cannot copy content of this page

Hampir Selesai ...
Sila SAHKAN email anda di inbox bagi mengelakkan Sistem Kami Terima Email SPAM