Jawatan Kosong MAIPK ini terbuka untuk seluruh warganegara Malaysia yang berkelayakan. Calon-calon yang berminat dikehendaki untuk baca sehingga habis syarat-syarat yang ditentukan di bawah dengan teliti sebelum memohon Jawatan kosong yang tertera.
ISI KANDUNGAN
Info Jawatan
- Nama Jawatan Kosong: Pembantu Tadbir Kewangan
- Taraf Jawatan : Contract For Service
- Majikan: Majlis Agam Islam Dan Adat Melayu.
- Lokasi: Perak
- Elaun: RM1,400
Kelayakan Memohon Jawatan Kosong MAIPK
- Anda mestilah warganegara Malaysia.
- Berumur 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan dan beragama islam.
- Memiliki sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Pertengahan atau tertinggi (Simpan Kira-Kira)/ Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya ATAU
- Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
- Calon mestilah lulus sekurang-kurangnya kepujian (Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu semasa Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ Vokasional atau yang setaraf dengannya.
Bidang Tugas Jawatan Kosong MAIPK
Tugasan Termasuk:
- Mengeluarkan resit bagi hasil zakat, Baitulmal dan Wakaf
- Mengemaskini dan menyediakan semua rekod buku tunai
- Menguruskan panjar wang runcit dan rekupan
- Menyediakan baucar bagi setiap bantuan yang diluluskan dari jabatan MAIPK
- Mengurus semua hasil kutipan dari pihak jabatan
Info Tambahan Jawatan Kosong MAIPK
- Calon-calon yang memohon hendaklah memiliki ciri-ciri:
- Sangat mudah bekerjasama
- Bersemangat dalam menyampaikan dan menyebarkan tentang agama islam
- Dinamik
- Berpandangan jauh
- Berkaliber tinggi
- Berdisiplin dan bertanggungjawab
- Berpengetahuan
- Calon akan menjalani saringan melalui ujian/proses tapisan. Hanya calon yang berjaya menghadapi proses saringan akan dipanggil untuk temuduga jawatan kosong MAIPK.
- Calon yang tidak dihubungi lebih tiga bulan daripada tarikh temuduga ditutup hendaklah menganggap permohonan anda tidak berjaya.
Cara Memohon Jawatan Kosong MAIPK
- Permohonan jawatan kosong tertera boleh didapatkan melalui borang secara online (atas talian) atau di alamat yang kami kongsikan dibawah.
- Calon yang memohon hendaklah mengisi maklumat diri yang lengkap dan resume terkini besertakan dengan dokumen-dokumen yang berkaitan.
- Antaranya dokumen yang diperlukan ialah gambar berukuran pasport, resume, salinan kad pengenalan, salinan sijil kelahiran, salinan lesen memandu, salinan sijil berhenti sekolah, salinan diploma/sijil Politeknik/sijil ikhtisas dan salinan dokumen-dokumen lain berkaitan yang telah disahkan.
- Pemohon jawatan kosong MAIPK hendaklah memastikan permohonan dilakukan sebelum tamat tempoh. Sebarang rayuan tidak akan dilayan jika terlewat.
- Tarikh tutup permohonan untuk jawatan tersebut adalah 10 MEI 2021.
- Hanya calon yang layak sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
- Borang permohonan hendaklah di hantar ke:
Ketua Pegawai Eksekutif
Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak
Tingkat 1, Kompleks Islam Darul Ridzuan
Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab
30000 Ipoh, Perak Darul Ridzuan
(u.p.: Bahagian Khidmat Pengurusan, Sub-Unit Perjawatan)
Jika anda berminat dengan jawatan kosong MAIPK ini bolehlah dapatkan borang permohonan di LAMAN RASMI MAIPK atau ambil sendiri di alamat kaunter Tingkat 1, Kompleks Islam Darul Ridzuan, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,
30000 IPOH, Perak.
ARTIKEL BERKAITAN: Jawatan Kosong Tentera Udara Diraja Malaysia
Dapatkan INFO semasa secara PERCUMA mengenai Jawatan Kosong Kerja Kerajaan yang Lain dari kami. Isi detail anda.
*Email anda adalah PRIVACY KAMI