Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Hulu Selangor

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Hulu Selangor

Jawatan kosong Majlis Perbandaran Hulu Selangor  ini terbuka untuk seluruh warganegara Malaysia yang berkelayakan. Calon-calon yang berminat dikehendaki untuk baca sehingga habis syarat-syarat yang ditentukan di bawah dengan teliti sebelum memohon Jawatan kosong yang tertera.

ISI KANDUNGAN

Info Jawatan

Senarai jawatan yang diperlukan:

  • Pegawai Penguatkuasa Gred KP41
  • Pembantu Kesihatan Awam Gred U19
  • Pembantu Penilaian Gred W19

Majikan: Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS)

Kelayakan Asas Jawatan Kosong mPHS

  1. Anda mestilah warganegara Malaysia
  2. Berumur lebih daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan.
  3. Memiliki Minimum gred C Bahasa Malaysia (termasuk Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ Penilaian Menengah Rendah (PMR)/ Pentaksiran Tingkatan tiga (PT3) [Mengikut Gred jawatan] atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Kelayakan Khusus

PEGAWAI PENGUATKUASA
GRED KP41

  • Memiliki ijazah sarjana muda/ Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaaan atau yang setaraf dengannya ATAU
  • Bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat
    Inspektor Polis atau Leftenan Muda atau yang setaraf dengannya dan
    telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod
    perkhidmatan yang baik ATAU
  • Ijazah sarjana muda undang-undang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada
    institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
    dengannya.
  • Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pacaindera seperti berikut :-
    – Tinggi minimum 1.57m bagi lelaki dan 1.5m bagi wanita
    tanpa bersepatu.
    – Berat badan minimum 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi
    wanita.
    – BMI di antara julat 19 hingga 26.
    – Bagi lelaki mestilah mempunyai sekurang-kurangnya 79sm ukuran dada yang biasa dan 84sm semasa menarik nafas.
    – Lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji
    berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata.
    – Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
    – Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal
    perubatan berdaftar.
  • Gaji permulaan adalah berbeza mengikut sijil. Gaji Minimum RM2,081.00. Manakala maximum pula RM9,547.00. 
  • Kadar Kenaikan Gaji Tahunan RM225.00.

PEMBANTU KESIHATAN AWAM
GRED U19

  • Mempunyai kelayakan asas yang dinyatakan diatas.
  • Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Pembantu Kesihatan Awam yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya ATAU
  • Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Pembantu Kesihatan Awam yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  • Gaji permulaan adalah berbeza berdasarkan sijil. Gaji minimum RM 1,360.00 manakala maximum pula RM4,052.00.
  • Kadar kenaikan gaji tahunan adalah RM100.0

PEMBANTU PENILAIAN GRED W19

  • Mempunyai kelayakan asas yang dinyatakan diatas
  • Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta kepujian dalam subjek Matematik atau 
  • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
    dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2/ Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  • Gaji permulaan adalah berbeza mengikut sijil. Minimum RM 1,353.00. Manakala maximum RM 4,005.00.

Info Tambahan Jawatan kosong MPHS

1. Calon-calon yang memohon hendaklah memiliki ciri-ciri:

  •  Dinamik
  • Berpandangan jauh
  • Berkaliber tinggi
  • Berdisiplin
  • Berpengetahuan

2. Calon akan menjalani saringan melalui ujian/proses tapisan. Hanya calon yang berjaya menghadapi proses saringan akan dipanggil untuk temuduga jawatan kosong MPHS.

3. Hanya calon yang layak akan dipanggil untuk temuduga.

4. Calon yang tidak dihubungi lebih enam (3) bulan daripada tarikh temuduga ditutup hendaklah menganggap permohonan anda tidak berjaya.

Kelebihan Lain

  • Cuti tahunan
  • Cuti sakit
  • Gaji kenaikan tahunan

Cara Memohon Jawatan Kosong MPHS

1. Pemohon mesti membuat permohonan dalam talian dan melengkapkan semua maklumat, termasuk memuat naik gambar dan dokumen yang diperlukan melalui link yang kami kongsikan di bawah.

2. Setiap permohonan mesti disertakan dokumen berikut: 

  • Kad Pengenalan diri yang telah disahkan 
  • Sijil Kelahiran yang telah disahkan
  • Sijil SPM yang telah disahkan
  • Salinan Sijil Akademik berkaitan jawatan yang dipohon sahaja yang telah disahkan.
  • Biodata Diri (Resume).
  • Salinan Lesen Memandu yang telah disahkan.
  • Dokumen yang perlu dimuat naik perlu diimbas scan terlebih dulu dan dikumpulkan (zip) menggunakan zip file seperti zip atau rar. 

3. Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan, Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan mestilah melalui Ketua Jabatan dan hendaklah disertakan bersama salinan Rekod Perkhidmatan dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) yang terkini (2020, 2019 dan 2018). Dokumen-dokumen ini hendaklah dihantar melalui pos. Sila tulis nama jawatan yang dipohon di sebelah kiri sampul surat dan di hantar kepada:

YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN HULU SELANGOR
JALAN BUKIT KERAJAAN
44000 KUALA KUBU BHARU
SELANGOR
U.P: JABATAN KHIDMAT PENGURUSAN

10. Tarikh tutup permohonan untuk jawatan tersebut adalah 1 Mac 2022

Demikian di atas jawatan kosong Majlis Perbandaran Hulu Selangor yang kami kongsikan. Sekiranya anda berminat bolehlah memohon melalui online di >>>KERJAYA MPHS

ARTIKEL BERKAITAN: Jawatan Kosong PERHEBAT

Dapatkan INFO semasa secara PERCUMA mengenai Jawatan Kosong Kerja Kerajaan yang lain dari kami. Isi detail anda. 

*Email anda adalah PRIVACY KAMI

Ikuti Page Dan Channel Kami Untuk Tips & Info KERJAYA Berterusan Bagi Jawatan Kerajaan

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You cannot copy content of this page

Hampir Selesai ...
Sila SAHKAN email anda di inbox bagi mengelakkan Sistem Kami Terima Email SPAM