Pengambilan TUDM ini terbuka untuk seluruh warganegara Malaysia yang berkelayakan. Calon-calon yang berminat dikehendaki untuk baca sehingga habis syarat-syarat yang ditentukan di bawah dengan teliti sebelum memohon Jawatan kosong yang tertera.
ISI KANDUNGAN
Info Jawatan Yang Diperlukan
- Nama Jawatan: Prajurit Muda (PJM) Udara Siri 64/21 (Lelaki)
- Kelayakan Minimum: SPM
- Majikan: Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM)
Jadual Gaji

Kelayakan Asas Pengambilan TUDM
- Anda mestilah warganegara Malaysia.
- Berumur 18 tahun ke atas dan 24 tahun ke bawah pada tarikh tutup iklan jawatan.
- Tinggi lelaki hendaklah sekurang-kurangnya 1.62 m.
- Sekurang-kurangnya 47.5 kg untuk lelaki.
- Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 18 hingga 25.
Kelayakan Fizikal
Penglihatan
- Boleh melihat dengan tanpa cermin mata atau kanta lekap
- Tidak rabun warna
Pendengaran
- Boleh mendengar dengan baik tanpa bantuan alat pendengar
Taraf kesihatan yang sihat
- Tidak cacat di mana-mana anggota badan
- Tidak pernah mengalami kecederaan serius (Seperti patah tulang)
- Tidak ada penyakit kronik, lelah dan penyakit keturunan dari keluarga.
Info Tambahan pengambilan TUDM
1. Calon-calon yang memohon hendaklah memiliki ciri-ciri:
- Dinamik
- Berpandangan jauh
- Berkaliber tinggi
- Berdisiplin
2. Calon akan menjalani saringan melalui ujian/proses tapisan. Hanya calon yang berjaya menghadapi proses saringan akan dipanggil untuk temuduga pengambilan TUDM.
3. Calon yang tidak dihubungi lebih enam (6) bulan daripada tarikh temuduga ditutup hendaklah menganggap permohonan anda tidak berjaya.
4. Pemohon yang berjaya mesti melapor ke pusat pemilihan awal melalui udara berdasarkan pusat yang dipilih semasa permohonan.
Kelebihan Lain
- Cuti tahunan
- Cuti sakit
- Gaji Bulanan dengan kadar naik tahunan
Cara Memohon Pengambilan TUDM
- Permohonan jawatan kosong tertera hanya boleh dilakukan secara online (atas talian) melalui portal TUDM. Link kami ada kongsikan dibawah.
- Calon yang belum pernah mendaftar hendaklah mendaftar pada portal tertera sebelum membuat permohonan terhadap jawatan tersebut.
- Untuk pengambilan TUDM ini, calon yang sudah berdaftar hendaklah mengisi maklumat diri yang lengkap dan aktiviti sukan terkini besertakan dengan dokumen-dokumen yang berkaitan.
- Calon hendaklah memastikan permohonan online yang dilakukan adalah lengkap kerana permohonan yang tidak lengkap, tidak akan diproses.
- Tarikh tutup permohonan untuk jawatan tersebut adalah 1 Jun 2021
Sekiranya anda berminat dalam pengambilan TUDM ini, bolehlah memohon melalui Link Pengambilan Kerjaya TUDM
ARTIKEL BERKAITAN: Jawatan Kosong Pegawai Penjara KA19
Dapatkan INFO semasa secara PERCUMA mengenai Jawatan Kosong Kerja Kerajaan yang lain dari kami. Isi detail anda.
*Email anda adalah PRIVACY KAMI