Jawatan kosong Jabatan Ketua Menteri Melaka ini terbuka untuk warganegara Malaysia yang bermastautin di Melaka dan berkelayakan. Calon-calon yang berminat dikehendaki untuk membaca syarat-syarat yang ditentukan dengan teliti sebelum memohon Jawatan kosong yang tertera.
ISI KANDUNGAN
Info Jawatan Yang Diperlukan
- Pegawai Tadbir Gred N4
- Jurutera Gred J41
- Penolong Pegawai Tadbir Gred N29
- Penolong Pegawai Tadbir Gred N29 (Memiliki Diploma Undang Undang)
- Penolong Pegawai Perancangan Bandar dan Desa Gred JA29
- Pembantu Tadbir (P/O) Gred N19
- Pembantu Operasi Gred N11
- Pemandu Kenderaan Gred H11
Majikan: Jabatan Ketua Menteri Melaka
Taraf Jawatan: Kontrak
Jadual gaji mengikut jawatan
Kelayakan Asas Untuk Memohon Jawatan kosong Jabatan Ketua Menteri Melaka
- Warganegara Malaysia
- 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan
- Memiliki Minimum gred C Bahasa Malaysia pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.(PT3 mengikut Gred)
Kelayakan Khusus
Pegawai Tadbir Gred N41
- Mempunyai minima Ijazah Sarjana Muda dalam bidang yang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
- Fasih dalam Bahasa Inggeris dan Melayu termasuk penulisan.
- Mempunyai pengalaman dalam merangka perancangan pemasaran. (Minima tiga(3) tahun)
Jurutera Gred J41
- Mempunyai minima Ijazah Sarjana Muda dalam bidang kejuruteraan atau yang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
- Mempuyai minima dua(2) tahun pengalaman dalam Kejuruteraan Awam dan Struktur (Civil & Structural).
Penolong Pegawai Tadbir Gred N29
- Mempunyai Minima Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau kelayakan setaraf yang diiktiraf oleh kerajaan.
Penolong Pegawai Tadbir Gred N29 (Undang – Undang)
- Mempunyai Minima Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau kelayakan setaraf yang diiktiraf oleh kerajaan.
- Untuk memohon jawatan kosong Jabatan Ketua Menteri Melaka bagi jawatan ini anda haruslah mempunyai minima Diploma dalam bidang undang – undang atau bidang yang berkaitan yang didiktiraf oleh kerajaan.
- Mempunyai minima Diploma dalam Pentadbiran Awam atau bidang yang berkaitan yang didiktiraf oleh kerajaan.
- Mempunyai (3) tiga tahun pengalaman dalam pengendalian urusan Real Estate Negotiation & Market Valuation.
Penolong Pegawai Perancang Bandar Dan Desa, Gred JA29
- Mempunyai minima Sijil Diploma dalam bidang perancangan bandar dan wilayah yang diiktiraf oleh Kerajaan.
- Mahir dalam penggunaan pelbagai perisian grafik dan Autocad.
Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi), Gred N19
- Mempunyai minima Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang setaraf yang diiktiraf oleh kerajaan.
Pembantu Operasi, Gred N11
- Mempunyai PT3 atau PMR atau kelayakan yang setaraf dengannya yang diiktiraf oleh kerajaan.
- Mempunyai fizikal dan tubuh badan yang sihat.
Pemandu Kenderaan, Gred H11
- Mempunyai PT3 atau PMR atau kelayakan yang setaraf dengannya yang diiktiraf oleh kerajaan.
- Mempuyai lessen memandu yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kecuali lesen P.
- Mempuyai kebolehan untuk menegndali memandu dan menyelenggara kenderaan yang berkenaan.
- Jadual gaji mengikut lesen
- Lesen Kelas D H11: RM1,264.15
- Lesen Kelas E/E1/E2 H11: RM1,310.30
- Lesen Kelas F/H H11: RM1,356.45
- Lesen Kelas G/I H11: RM1,402.60
Info Tambahan Jawatan kosong Jabatan Ketua Menteri Melaka
1. Calon-calon yang memohon hendaklah memiliki ciri-ciri:
- Dinamik
- Berpandangan jauh
- Berkaliber tinggi
- Berdisiplin
- Berpengetahuan
2. Calon akan menjalani saringan melalui ujian/proses tapisan. Hanya calon yang berjaya menghadapi proses saringan akan dipanggil untuk temuduga Jawatan Kosong Jabatan Ketua Menteri Melaka.
3. Calon yang tidak dihubungi lebih tiga bulan daripada tarikh temuduga ditutup hendaklah menganggap permohonan anda tidak berjaya.
4. Anda juga dapat kelebihan lain seperti cuti sakit, cuti tahunan dan kenaikkan gaji tahunan.
Cara Memohon Jawatan kosong Jabatan Ketua Menteri Melaka
1. Setiap permohonan mesti dihantar, salinan dokumen berikut mesti disertakan:
- Kad Pengenalan diri
- Sijil Kelahiran
- Sijil-sijil persekolahan
- Kelulusan Akademik (Sijil/Diploma/Ijazah) *Mana yang berkaitan denganJawatan yang dipohon.*
- Satu (1) keping gambar terbaru berukuran passport
- Dokumen-dokumen sokongan yang lain (Jika ada).
2. Semua salinan dokumen yang berkaitan hendaklah disahkan oleh pegawai kerajaan dalam bahagian Pengurusan dan profesional.
3. Setiap permohonan perlu dihantar secara berasingan
4. Tarikh tutup Permohonan adalah 20 November 2020.
5. Borang yang dihantar dan diterima selepas tarikh tutup akan ditolak serta-merta.
6. Semua calon yang memohon Jawatan kosong Jabatan Ketua Menteri Melaka harus menjalani saringan melalui ujian/proses tapisan. Hanya calon yang berjaya menghadapi proses saringan akan dipanggil untuk temuduga.
7. Calon yang tidak dihubungi lebih enam (6) bulan daripada tarikh temuduga ditutup hendaklah menganggap permohonan anda tidak berjaya.
8. Setiap permohonan mesti meletakkan (NAMA JAWATAN YANGDIPOHON) di bahagian atas sebelah kiri sampul.
9. Sekiranya anda berminat sila hantar resume permohonan yang lengkap kepada:
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Jabatan Ketua Menteri Melaka
Aras 1, Blok Bentara
Seri Negeri, Hang Tuah Jaya
75450 Ayer Keroh, Melaka
(u.p Seksyen Pembangunan Organisasi)
Untuk rujukan jawatan kosong Jabatan Ketua Menteri Melaka ini anda boleh klik >>>DISINI
ARTIKEL BERKAITAN: Jawatan Kosong Tentera Udara Diraja Malaysia
Dapatkan INFO semasa secara PERCUMA mengenai Jawatan Kosong Kerja Kerajaan yang lain dari kami. Isi detail anda.
*Email anda adalah PRIVACY KAMI