Iklan jawatan kosong UTM

Jawatan Kosong UTM – Universiti Teknologi Mara

Jawatan Kosong UTM ini terbuka untuk seluruh warganegara Malaysia yang berkelayakan. Calon-calon yang berminat dikehendaki untuk baca sehingga habis syarat-syarat yang ditentukan di bawah dengan teliti sebelum memohon Jawatan kosong yang tertera.

ISI KANDUNGAN

Info Jawatan

Senarai jawatan yang diperlukan:

  • Pereka (B29) [Kontrak]
  • Pembantu Operasi (N11)[Tetap]
  • Pembantu Perawatan Kesihatan (Gred U11)[Tetap]

Majikan: Universiti Teknologi Malaysia

Berikut Adalah Jadual Gaji Mengikut Jawatan

Jadual gaji jawatan kosong UTM

Kelayakan Asas Jawatan Kosong UTM

  1. Anda mestilah warganegara Malaysia
  2. Berumur lebih daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan.
  3. Memiliki Minimum gred C Bahasa Malaysia (termasuk Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ Penilaian Menengah Rendah (PMR)/ Pentaksiran Tingkatan tiga (PT3) [Mengikut Gred jawatan] atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Kelayakan Khusus

Pereka B29

  • Mempunyai Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakkan yang setaraf dengannya serta Prinsipal dalam subjek Seni Visual ATAU
  • Mempunyai diploma dalam bidang seni atau bidang –bidang yang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan.

Pembantu Operasi N11

  • Mempunyai minima Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)/Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan yang setaraf dengannya.
  • Mempunyai lesen Memandu kelas D/E2/E1/E2/F/G/H/I yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan.

Pembantu Perawatan Kesihatan U11

  • Mempunyai minima Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)/Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan yang setaraf dengannya.

Info Tambahan Jawatan kosong UTM

1. Calon-calon yang memohon hendaklah memiliki ciri-ciri:

  •  Dinamik
  • Berpandangan jauh
  • Berkaliber tinggi
  • Berdisiplin
  • Berpengetahuan

2. Calon akan menjalani saringan melalui ujian/proses tapisan. Hanya calon yang berjaya menghadapi proses saringan akan dipanggil untuk temuduga jawatan kosong UTM.

3. Hanya calon yang layak akan dipanggil untuk temu-duga.

4. Calon yang tidak dihubungi lebih enam (6) bulan daripada tarikh temuduga ditutup hendaklah menganggap permohonan anda tidak berjaya.

5. Perokok tidak digalakkan memohon.

6. Keutamaan akan diberi kepada calon yang ada penguasaan Bahasa Inggeris yang baik.

Kelebihan Lain

  • Cuti tahunan
  • Cuti sakit
  • Gaji kenaikan tahunan

PELBAGAI ELAUN PERUMAHAN DAN BANTUAN SARA HIDUP DIBERIKAN (RUJUK GAMBAR)

Jadual elaun berkhidmat di UTM mengikut pangkat

Cara Memohon Jawatan Kosong UTM

1. Pemohon mesti membuat permohonan dalam talian dan melengkapkan semua maklumat, termasuk memuat naik gambar dan menjawab soalan senarai semak personaliti sokongan baru (IPSB) melalui laman web UTM yang kami kongsikan di bawah.

3. Setiap Jawatan di pohon, bayaran sebanyak RM20.00 akan dikenakan.

4. Calon diminta untuk simpan resit sebagai tanda pembayaran.

5. Calon yang menggunakan kelulusan peperiksaan khas, diminta untuk memohon secara manual jawatan kosong UTM.

6. Setiap permohonan mesti dihantar, salinan dokumen berikut mesti disertakan: 

  • Kad Pengenalan diri
  • Sijil Kelahiran
  • Sijil-sijil persekolahan
  • Kelulusan Akademik (Sijil/Diploma/Ijazah) *Mana yang berkaitan dengan jawatan yang dipohon.*
  • Satu (1) keping gambar terbaru berukuran passport. Dokumen-dokumen sokongan yang lain (Jika ada).

7. Calon hendaklah memastikan permohonan yang dilakukan adalah lengkap kerana permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.

8. Permohonan untuk pegawai yang sedang berkhidmat dengan kerajaan / pihak berkuasa tempatan / badan berkanun, permohonan harus diajukan melalui Ketua Pegawai Jabatan yang bertanggungjawab atas jabatan yang berkaitan, besertakan dengan salinan Pernyataan Rekod Perkhidmatan dan & Laporan Penilaian Prestasi Tahunan terbaru yang ditetapkan dalam peraturan 17 . 2005 Pegawai awam (pelantikan,
kenaikan pangkat dan penamatan).

9. Pos kepada :
Bahagian Pendaftar (Unit Perjawatan)
Universiti Teknologi Malaysia
Jalan Sultan Yahya Petra
54100 Kuala Lumpur.

10. Tarikh tutup permohonan untuk jawatan tersebut adalah 17 November 2020

Demikian di atas jawatan kosong UTM yang kami kongsikan. Sekiranya anda berminat bolehlah memohon di LAMAN UTMHR

ARTIKEL BERKAITAN: Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Kangar

Dapatkan INFO semasa secara PERCUMA mengenai Jawatan Kosong Kerja Kerajaan yang lain dari kami. Isi detail anda. 

*Email anda adalah PRIVACY KAMI

Ikuti Page Dan Channel Kami Untuk Tips & Info KERJAYA Berterusan Bagi Jawatan Kerajaan

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You cannot copy content of this page

Hampir Selesai ...
Sila SAHKAN email anda di inbox bagi mengelakkan Sistem Kami Terima Email SPAM