Sebelum calon dilantik bagi sesuatu jawatan dalam kerajaan wajib melalui temuduga SPA. Dalam sektor kerajaan, ada etika temuduga tersendiri yang harus dipatuhi oleh setiap bakal calon pegawai yang ingin bekerja di Jabatan kerajaan. Tips Temuduga SPA ini sangat berguna untuk anda.
Jangan pandang remeh soal temuduga kerja kerajaan ini kerana ramai calon yang bersaing dengan anda untuk dapatkan jawatan tersebut. Jika gagal, anda kena tunggu tahun akan datang lagi. Itu pun jika anda ada panggilan.
Hanya calon yang benar-benar terbaik sahaja yang akan dipilih. Dengan itu anda harus tahu Tips Temuduga SPA ini supaya anda tidak dikenakan penalti nanti.
ISI KANDUNGAN
Tips interview kerja Sebelum Hari Tiba
Pada saat anda menerima panggilan temuduga jangan sesekali anda terlalu gembira bagai terapung di awan. Last skali berada di ‘Comfort Zone.’
“Argghh Lama Lagi… sempat layan Pubg & Bigo”
Dulu time darjah 3 cikgu selalu beritahu “Masa itu emas”. Tapi ini yang ramai calon selalu abaikan iaitu buat persiapan last minutes.
Berdasarkan Tips Temuduga Spa kami, Ada 3 perkara yang anda perlu lakukan Sebelum diwawancara. Buat Kajian, Sediakan Dokumen, Paham Jawatan dan Pengaturan Masa.
Buat Kajian/Survey
Orang Cakap tak kenal maka tak cinta. Makanya anda kena tahu siapa bakal panel penemuduga anda nanti. Kena tahu nama, apa gelaran dia dan minat dia.
Bagaimana nak cari? Gunakan saja mesin pencarian Google, ‘Fesbuk’ atau bertanya dengan staff yang bertugas dan orang yang berkaitan. Sekali sekala jadi “Detektif Conan.” Bukan Selalu kan?
Tips Temuduga SPA Untuk anda lagi…
Selain Bio Panel Penemuduga, buat juga Research untuk skop jawatan anda. Penting Untuk anda tahu;
- Nama kabinet terkini
- Nama kementerian bagi jawatan anda
- Siapa orang terpenting
- Senarai organisasi yang terlibat dalam jawatan anda
- Apakah inisiatif terbaru kerjaaan akan datang bagi mengatasi isu-isu “Hot” semasa
- Jelas halatuju, matlamat dan visi dalam hidup anda
Jangan lupa juga pastikan alamat lokasi temuduga dengan betul. Ini kerana ada beberapa tempat lama sudah berubah lokasinya
Senarai lokasi pusat temuduga mengikut negeri anda boleh semak >>> DISINI. Telefon nombor yang tertera dilaman tersebut untuk pastikan sama ada masih beroperasi dikawasan yang sama atau tidak.
Paham Jawatan Anda
Sudah lumrah bidang tugas sesuai dengan nama jawatan. Mana mungkin Polis memadamkan kebakaran cikgu pula membedah pesakit jantung.
Anda pula bagaimana? Sudah tahu bidang tugas dan tanggung jawab anda? Wajib tahu tugas Am dan tugas Khas bagi jawatan yang dimohon. Ketahui juga fungsi dan peranan Jabatan/kementerian tersebut.
Study serba sedikit berkaitan kemahiran dan pengendalian sesetengah peralatan (jika ada). Jadi jika ditanya nanti anda boleh jawab dengan yakin tanpa berfikir panjang.
Tips Temudga SPA Mengenai Dokumen Yang Diperlukan
Bila ada masa senang pergi ke kedai Photocopy lepas tu cakap dengan staff nak buat salinan untuk kad pengenalan, Surat beranak, surat kemahiran dan surat tawaran temuduga.
Kemudian beli fail susun elok- elok dokumen ikut turutan terpenting ke yang tak berapa penting. Dibawah ini kami kongsikan cara susunan fail yang merupakan salah satu tips interview kerja yang anda boleh tiruvasi.
Susunan Sijil Untuk temuduga SPA
Perlu diingat mungkin ada puluhan orang yang bakal diwawancara oleh panel penemuduga dihari tersebut. Masa adalah sangat penting bagi mereka.
Jangan pula nanti bila dokumen tertentu diminta anda masih lagi teraba-raba mencari. Last yang keluar lipas pula. Hehe..
Berikut adalah tips Interview kerja bagi cara susunan fail. Ia dimulakan dari dokumen berikut:
- Surat Panggilan Temuduga
- Borang maklumat bergambar (jika ada)
- Salinan Kad Pengenalan
- Salinan Sijil Lahir
- Salinan Pendidikan(SPM/DIPLOMA/IJAZAH DAN LAIN-LAIN)
- Sijil berhenti sekolah
- Lain-lain sijil yang berkaitan
Oke Paham? Sekarang tiba masa untuk ‘Bergaya’ pula.
Etika Pemakaian Temuduga SPA
Bayangkan jika ditengah padang bola sementara perlawanan tengah rancak… tetiba ada beruang masuk ‘gelanggang,’ Apa tindakan orang yang berada disitu?
Mesti halau kan beruang tu sebab ‘makhluk’ pelik. Begitu juga dalam pemakaian semasa temuduga. Wajib ikut etika yang telah ditetapkan oleh jabatan tersebut jika anda tak mahu disuruh balik.
Mari Study etika pemakaian Tips Temuduga SPA ini…
Pakaian Lelaki
Gunakan baju kemeja Combo dengan seluar slack. Kasut pula sebolehnya gunakan yang biasa dipakai dipejabat yang jalannya bunyi ‘tup, tup, tup’ macam tu. Dress Shoes orang panggil.
Corak baju gunakan corak jenis batik. Jika tak biasa pakai sahaja kemeja kosong. Nak lengan pendek atau panjang terserah. Elakkan guna corak yang terlalu meriah sebab kita nak pergi temuduga bukannya kenduri kahwin.
Baju kena Tuck In dan pakai tali pinggang biar nampak Smart. Elakkan guna tali pinggang berkepala besar.
Semburkan minyak wangi yang baunya menyenangkan (Recommend HugoBoss) pada pakaian anda. Jangan lupa ikat Necktie sekali ye jika nak kelihatan lebih ‘Beraura’. Jika tak tau macam mana nak simpul boleh belajar disini >>> Cara simpul tie paling mudah.
Sekiranya anda ikuti cara berpakaian lelaki Tips Temuduga SPA diatas, Maka anda boleh jadi ‘Hero’ seperti ini (lihat gambar dibawah.)
Pakaian Perempuan
Pemakaian mestilah sopan. Dilarang sama sekali berpakaian seksi. Contoh baik adalah pakai baju labuh dan seluar slack yang menutup punggung atau paling senang pakai baju kurung.
Jika anda muslimah wajib pakai tudung. Bagi wanita Non-muslim pula pastikan rambut anda kelihatan kemas jika tak nak ikat (Free Hair).
Semburkan minyak wangi yang menyenangkan dan muka tu kena mekap supaya tidak kelihatan pucat. Penampilan harus dijaga kerana ‘pertemuan pertama’ sangat memainkan peranan penting.
Pakai juga kasut tertutup supaya nampak kemas.
Lihat gambar anda yang cantik dibawah ini setelah mengamalkan pemakaian dari Tips Temuduga SPA ini..
Memang kena laburkan duit lebih sikit untuk temuduga kerja kerajaan Ini. Tapi jika anda nak jimat boleh pergi ‘Bundle’. Disana ada banyak brand femes lagi murah. Jadi tiada alasan untuk anda berpakaian formal untuk menghadiri temuduga kerja kerajaan.
Oyeah satu lagi, Jangan lupa sembur Deodorant ketiak tu ya jika anda memiliki masalah ‘ketiak berbau’. Jika tak, cepatlah masa temuduga anda berakhir. Musnahlah harapan.
Baca Juga: Cara memperkenalkan Diri Semasa Temuduga Spa
Jika anda pahami betul-betul Tips Temuduga SPA ini dihari sebelum wawancara bermula, peluang untuk anda lulus adalah cerah berbanding dengan calon yang tidak cukup persiapan.
Rujukan Lengkap Temuduga Kerja Kerajaan
Untuk Rahsia Lengkap temuduga kerja kerajaan ini, pihak kami ada keluarkan rujukan yang mana sesuai untuk semua jenis jawatan kerajaan.
Ianya ditulis berdasarkan pengalaman sejak 2009 lagi dan terbukti ramai calon diselamatkan.
Nak tahu apakah isi kandungan dalam rujukan ini? Sila isi detail di bawah dan kami akan hantarkan Preview Copy rujukan untuk anda nilai sebelum menempah. Kami akan hantar sekali dengan Tips Temuduga SPA yang kami tidak sempat muatkan disini.
Apa yang menariknya lagi, ianya PERCUMA untuk anda download.
[PENTING!] Sila SAHKAN Email anda di INBOX 1-3 minit selepas Permohonan Berjaya Dihantar
Harus diingat, temuduga adalah tapisan calon yang terakhir dalam Flow pengambilan jawatan kerajaan. Pihak jabatan ingin melantik calon yang benar-benar berpotensi sahaja berdasarkan kriteria yang ditentukan.
Apa yang kami kongsikan diatas mengenai Tips Temuduga SPA adalah untuk persiapan anda. Nak lulus atau gagal anda yang tentukan.
Success Selalu!
ARTIKEL BERKAITAN: Contoh soalan temuduga SPA yang biasa ditanya