Perbincangan Tugas Yang Dijalankan oleh Pegawai Tadbir N41 Di Ofis

Pegawai Tadbir N41

Skop Kerja pegawai tadbir N41 dengan Pegawai Tadbir Diplomatik ada perbezaan jika dibandingkan. Begitu juga soalan-soalan exam dan flow pengambilan bagi kedua-dua jawatan ini.

Lihat flow untuk lantikan jawatan PTN41; 
Isi Borang Spa => Exam Online/ Bertulis => Ujian Psikometrik => Temuduga. 

Bagi Pegawai Tadbir Diplomatik pula selepas exam online kena ikuti PTD assessment center(PAC) sebelum dipanggil ke temuduga. Setelah lulus kena masuk lagi Kadet PTD dan Diploma Lantikan Awam. Beza bukan?

Jika anda terpanggil atau berminat dengan jawatan PTN 41 ini bolehlah semak maklumat dibawah sebagai rujukan anda.

ISI KANDUNGAN

Syarat Lantikan Dan kelayakan Pegawai Tadbir N41

Anda haruslah…

  1. Berstatus Warganeagara Malaysia.
  2. Umur tidak kurang 18 tahun dari tarikh tutup iklan jawatan yang diumumkan.
  3.  Memiliki sijil pengiktirafan ijazah sarjana muda daripada kerjaaan. 
  4. Memiliki sijil ijazah pengiktirafan sarjana muda kepujian daripada kerajaan.

Dan calon hendaklah memiliki minimal kepujian(gred c) dalam bahasa melayu semasa diperingkat sijil SPM/Vokasional atau yang sekutu dengannya.


Berapa Gaji PTN41?

Bagi Calon yang memiliki ijazah sarjana muda gaji permulaan bekerja adalah RM2,080. Manakala jika anda memiliki sijil ijazah sarjana muda kepujian gaji permulaan agak tinggi sikit iaitu RM2,283.43.

Untuk Kenaikkan gaji tahunan bagi jawatan ini pula adalah RM225 setahun.

Biasanya elaun bagi pegawai tadbir N41 jika dalam kumpulan perkhidmatan dan profesional adalah seperti ini;

  • Imbuhan Tetap Khidmat Awam: RM300.00
  • Imbuhan Tetap Perumahan: RM300.00
  • Bantuan Sara Hidup: RM300.00

OKE dah paham?  Nasib siapa tahu kan? Isi je borang dengan memohon di laman SPA. Jika terpanggil langkah seterusnya anda kena study isu-isu semasa luar dan dalam negara. 

Anda Study bidang tugas PTN41. Anda boleh dapatkan tarikh jadual terkini peperiksaan memasuki Perkhidmatan Awam(Psee) dan temuduga di Page Spa

Buat persiapan exam anda! Paham jawatan dan fungsi. Barulah boleh lulus exam PTN41 nanti.  

Baca juga contoh soalan dan jawapan peperiksaan pegawai tadbir N41 >> DISINI

Tugas Pegawai Tadbir N41

Apa saja tugas jika anda jadi PTN41? Anda adalah sebagai perancang yang bertanggungjawab menggubal dan melaksanakan dasar-dasar awam mengenai sumber manusia dan organisasi yang berkaitan. 

Contohnya dari segi ekonomi, sumber kewangan, bidang pentadbiran, pembangunan tanah, tempatan, daerah, wilayah serta terlibat dalam perancangan dan pentadbiran sosial.

Nampak macam sikit, tapi sebenarnya ada lagi….

Anda juga diberi tanggungjawab membina dan menjaga hal ehwal hubungan antarabangsa antara Malaysia dengan negara luar. Ini bertujuan meningkatkan lagi ekonomi negara, keselamatan, dan pengurusan teknologi maklumat.

Satu lagi, pernah nampak orang pindah ofis? Ahh.. yang tu pun salah satu tugas anda. Bukan angkat barang, tapi dalam mengurus tempat/lokasi ofis baru.

Rasanya anda dah tahu ciri berkenaan jawatan ini. Sekiranya anda bercita-cita ingin menjadi pegawai tadbir N41 ambilah peluang yang ada. Siapa tahu, tahun ini adalah tahun anda.

Success Selalu!

Ikuti Page Dan Channel Kami Untuk Tips & Info KERJAYA Berterusan Bagi Jawatan Kerajaan Disini

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You cannot copy content of this page

Hampir Selesai ...
Sila SAHKAN email anda di inbox bagi mengelakkan Sistem Kami Terima Email SPAM