Iklan jawatan kosong Imigresen Malaysia

Jawatan Kosong Imigresen Malaysia Untuk Gred KP41 Dan KP29

Jawatan Kosong Imigresen Malaysia ini terbuka untuk seluruh warganegara Malaysia yang berkelayakan. Calon-calon yang mempunyai ciri-ciri keperibadian seperti Imej dan keterampilan yang kemas dan bersih, mempunyai bakat kepimpinan, semangat tinggi dalam kerja berkumpulan, sifat jati diri yang cemerlang dan kelayakan profesionalisme yang sesuai dengan jawatan adalah digalakkan untuk memohon. 

Calon-calon yang berminat dikehendaki untuk baca syarat-syarat sehingga habis yang ditentukan di bawah dengan teliti sebelum memohon Jawatan kosong yang tertera. 

ISI KANDUNGAN

Info Jawatan

Senarai jawatan yang diperlukan:

  1. Penguasa Imigresen KP41
  2. Penolong Penguasa Imigresen KP29

__________________________________

  • Majikan: Jabatan Imigresen Malaysia.
  • Lokasi: Seluruh Malaysia.
  • Terdapat 27 Kekosongan (20 simpanan) untuk jawatan Penguasa Imigresen KP41.
  • Terdapat 110 kekosongan (30 Simpanan) untuk jawatan Gred KP29.
  • Gaji minimum Penguasa Imigresen KP41 adalah RM 2,081.00 manakala gaji maksimum adalah RM 9,547.00 dana kadar kenaikan gaji tahunan adalah RM225.00.
  • Gaji minimum Penolong Penguasa Imigresen KP29 adalah RM 1,493.00 manakala gaji maksimum adalah RM 5,696.00 dana kadar kenaikan gaji tahunan adalah RM145.00.

Kelayakan Memohon Jawatan Kosong Imigresen

Kelayakan Asas

  • Warganegara Malaysia.
  • 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan.
  • Memiliki Minimum gred C Bahasa Malaysia pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  • Mempunyai tubuh badan yang sihat dan tiada kecacatan.

Kelayakan Khusus

                Penguasa Imigresen KP41

  • Mempunyai Ijazah Sarjana Kepujian dalam bidang yang berkaitan dari institusi yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia.
  • Mempunyai Ijazah Sarjana Kepujian dalam bidang undang-undang yang berkaitan dari institusi yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia.

Penolong Penguasa Imigresen KP29

  • Mempunyai Minima Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau kelayakan yang setaraf dengannya.

             ATAU

  • Sijil Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia.

            ATAU

  • Diploma dalam bidang yang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia. 

Deskripsi Tugasan Jawatan Kosong Imigresen

Penguasa Imigresen KP41
Bertanggungjawab dalam hal-hal seperti operasi, penguatkuasaan, pencegahan dan keselamatan negara serta menyediakan latihan, penyelidikan, perancangan dan pembangunan.

Penolong Penguasa Imigresen KP29
Bertanggungjawab dalam membantu  hal-hal seperti operasi, penguatkuasaan, pencegahan dan keselamatan negara.

Info Tambahan Jawatan Kosong Imigresen

  1. Calon-calon yang memohon hendaklah memiliki ciri-ciri:
    • Dinamik
    • Berpandangan jauh
    • Berkaliber tinggi
    • Berdisiplin
    • Berpengetahuan
  1. Calon akan menjalani saringan melalui ujian/proses tapisan. Hanya calon yang berjaya menghadapi proses saringan akan dipanggil untuk temuduga.
  2. Calon yang tidak dihubungi lebih tiga bulan daripada tarikh temuduga ditutup hendaklah menganggap permohonan anda tidak berjaya. 

Kelebihan Lain

  • Calon yang berjaya akan mendapat pelbagai kelebihan termasuk cuti tahunan, cuti sakit dan kenaikan gaji tahunan.
  • Calon KP29 yang Berjaya juga mempunyai perjalanan untuk kenaikan pangkat ke Gred KP41.

Cara Memohon Jawatan Kosong Imigresen

  1. Permohonan jawatan kosong tertera hanya boleh dilakukan secara online (atas talian) melalui portal SPA9 yang kami kongsikan di bawah.
  2. Calon yang belum pernah mendaftar hendaklah mendaftar pada portal tertera sebelum membuat permohonan terhadap jawatan tersebut.
  3. Calon yang sudah berdaftar hendaklah mengisi maklumat diri yang lengkap dan resume terkini besertakan dengan dokumen-dokumen yang berkaitan.
  4. Calon hendaklah memastikan permohonan online yang dilakukan adalah lengkap kerana permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.
  5. Tarikh tutup permohonan untuk jawatan tersebut adalah 08 Disember 2020
  6. Hanya calon yang layak saja akan dipanggil untuk temuduga.

Jika Anda berminat dan ingin berbakti dalam Jawatan Kosong Imigresen Malaysia ini bolehlah memohon di LAMAN SPA9 

ARTIKEL BERKAITAN: 

Dapatkan INFO semasa secara PERCUMA mengenai Jawatan Kosong Kerja Kerajaan Yang Lain dari kami. Isi detail anda. 

*Email anda adalah PRIVACY KAMI

Ikuti Page Dan Channel Kami Untuk Tips & Info KERJAYA Berterusan Bagi Jawatan Kerajaan

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You cannot copy content of this page

Hampir Selesai ...
Sila SAHKAN email anda di inbox bagi mengelakkan Sistem Kami Terima Email SPAM