Jawatan kosong Jabatan Pengairan Dan Saliran ini terbuka untuk seluruh warganegara Malaysia yang berkelayakan.
Calon-calon yang berminat dikehendaki untuk baca sehingga habis syarat-syarat yang ditentukan di bawah dengan teliti sebelum memohon Jawatan kosong yang tertera.
ISI KANDUNGAN
Info Jawatan
Nama Jawatan Kosong:
- Jurutera Gred J41 (Awam). 32 Kekosongan simpanan 10.
- Jurutera Gred J41 (Mekanikal). 2 Kekosongan simpanan 10.
Senarai bidang yang diperlukan:
- Kejuruteraan Awam (Alam Sekitar)
- Kejuruteraan Awam (Pembinaan)
- Kejuruteraan Awam (Kaji Air)
- Kejuruteraan Awam (Seni bina)
- Kejuruteraan Mekanikal
Majikan: Jabatan Pengairan Dan Saliran Malaysia
Kelayakan Memohon Jawatan Kosong Jabatan Pengairan Dan Saliran
- Anda mestilah warganegara Malaysia.
- Berumur 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan.
- Mempunyai ijazah sarjana muda dalam bidang Kejuruteraan yang diiktiraf oleh kerajaan dari institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan setaraf dengannya.
- Berdaftar sebagai Jurutera Siswajah dengan Lembaga Jurutera Malaysia.
- Memiliki Minimum gred C Bahasa Malaysia pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Syarat Permohonan Tambahan Peningkatan Secara Lantikan
- Pegawai yang Berkhidmat sebagai Penolong Jurutera dan Pemeriksa Kereta Motor Gred AB29/30, AB36, AB38, dan AB40 boleh memohon ke jawatan Jurutera Gred J41.
- Memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan.
- Umur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi persaraan paksa 55 atau 56 tahun ATAU;
- Umur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi persaraan paksa 58 tahun ATAU;
- Umur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi persaraan paksa 60 tahun.
Info Tambahan Jawatan Kosong Jabatan Pengairan Dan Saliran
- Calon-calon yang memohon hendaklah memiliki ciri-ciri:
- Dinamik
- Berpandangan jauh
- Berkaliber tinggi
- Berdisiplin
- Berpengetahuan
- Kepimpinan
- Boleh berkerja berkumpulan
- Calon akan menjalani saringan melalui ujian/proses tapisan. Hanya calon yang berjaya menghadapi proses saringan akan dipanggil untuk temuduga.
- Calon yang tidak dihubungi lebih enam (6) bulan daripada tarikh temuduga ditutup hendaklah menganggap permohonan anda tidak berjaya.
- Anda juga akan dapat cuti sakit, cuti tahunan dan kenaikan gaji setiap tahun jika berkhidmat di jabatan ini.
Cara Memohon Jawatan Kosong Jabatan Pengairan Dan Saliran
- Permohonan jawatan kosong tertera hanya boleh dilakukan secara online (atas talian) melalui portal SPA9 yang kami kongsikan dibawah.
- Calon yang belum pernah mendaftar hendaklah mendaftar pada portal tertera sebelum membuat permohonan terhadap jawatan tersebut.
- Calon yang sudah berdaftar hendaklah mengisi maklumat diri yang lengkap dan resume terkini besertakan dengan dokumen-dokumen yang berkaitan.
- Calon hendaklah memastikan permohonan online yang dilakukan adalah lengkap kerana permohonan yang tidak lengkap, tidak akan diproses.
- Tarikh tutup permohonan untuk jawatan tersebut adalah 25 Julai 2020.
- Hanya calon yang layak akan dipanggil untuk temuduga.
Jika anda berminat dengan jawatan kosong JAKIM ini segeralah memohon di LAMAN SPA9
Dapatkan INFO semasa secara PERCUMA mengenai Jawatan Kosong Kerja Kerajaan yang Lain dari kami. Isi detail anda.
*Email anda adalah PRIVACY KAMI