Iklan Jawatan Kosong KKM

Jawatan Kosong KKM – Kementerian Kesihatan Malaysia

Jawatan Kosong KKM ini terbuka untuk seluruh warganegara Malaysia yang berkelayakan. Calon-calon yang mempunyai ciri-ciri keperibadian seperti Imej dan keterampilan yang kemas dan bersih, mempunyai bakat kepimpinan, semangat tinggi dalam kerja berkumpulan, sifat jati diri yang cemerlang dan kelayakan profesionalisme yang sesuai dengan jawatan adalah digalakkan untuk memohon.

Calon-calon yang berminat dikehendaki untuk membaca syarat-syarat yang ditentukan dengan teliti sebelum memohon Jawatan kosong yang tertera.

ISI KANDUNGAN

Info Jawatan Yang Diperlukan

    • Kerani Gred N19

______________________________________________

  • Majikan: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
  • Lokasi: Seluruh Negara. 
  • Kekosongan: 2196 (2000 Simpanan)
  • Taraf Jawatan: Tetap
    • Gaji Minimum: RM1,352.00
    • Gaji Maksimum: RM 4,003.00
  • Kadar Kenaikan Gaji tahunan: RM 100.00

Kelayakan Memohon Jawatan Kosong KKM Kerani

  • Warganegara Malaysia.
  • 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan.
  • Memiliki Minimum gred C Bahasa Malaysia pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  • Mendapat sekurang-kurangnya gred ‘C’ dalam mata pelajaran BM termasuk ujian lisan dalam SPM.

Deskripsi tugasan

  • Bertanggungjawab melaksanakan tugasan perkeranian serta operasi di peringkat Kumpulan Pelaksana. 
  • Tugasan jawatan kosong KKM kerani ini termasuk juga tugasan pentadbiran am, pengurusan personel, perkhidmatan kaunter dan memproses data, pengumpulan data dan maklumat, mengendali peralatan perhubungan/komunikasi.

Info Tambahan Jawatan Kosong KKM 

  1. Calon-calon yang memohon hendaklah memiliki ciri-ciri:
    • Dinamik
    • Berpandangan jauh
    • Berkaliber tinggi
    • Berdisiplin
    • Berpengetahuan
  1. Calon akan menjalani saringan melalui ujian/proses tapisan. Hanya calon yang berjaya menghadapi proses saringan akan dipanggil untuk temuduga. 
  2. Calon yang tidak dihubungi lebih 6 bulan daripada tarikh temuduga ditutup hendaklah menganggap permohonan anda tidak berjaya. 

Cara Memohon Jawatan Kosong KKM 

  1. Permohonan jawatan kosong tertera hanya boleh dilakukan secara online (atas talian) melalui portal SPA9 yang kami kongsikan di bawah.
  2. Calon yang belum pernah mendaftar hendaklah mendaftar pada portal tertera sebelum membuat permohonan terhadap jawatan tersebut.
  3. Calon yang sudah berdaftar hendaklah mengisi maklumat diri yang lengkap dan resume terkini besertakan dengan dokumen-dokumen yang berkaitan. 
  4. Calon hendaklah memastikan permohonan online yang dilakukan adalah lengkap kerana permohonan yang tidak lengkap, tidak akan diproses.
  5. Tarikh tutup permohonan untuk jawatan tersebut adalah 24 Januari 2021
  6. Hanya calon yang layak akan dipanggil untuk temu-duga.

Sekiranya anda berminat dengan tawaran Jawatan Kosong KKM ini bolehlah memohon segera sebelum ditutup di PORTAL SPA9

ARTIKEL BERKAITAN:

Dapatkan INFO semasa secara PERCUMA mengenai Jawatan Kosong Kerja Kerajaan Yang Lain dari kami. Isi detail anda. 

*Email anda adalah PRIVACY KAMI

Ikuti Page Dan Channel Kami Untuk Tips & Info KERJAYA Berterusan Bagi Jawatan Kerajaan

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You cannot copy content of this page

Hampir Selesai ...
Sila SAHKAN email anda di inbox bagi mengelakkan Sistem Kami Terima Email SPAM