Jawatan kosong majlis sukan selangor

Jawatan Kosong Majlis Sukan Negeri Selangor Tahun 2021

Jawatan Kosong Majlis Sukan Negeri Selangor ini terbuka untuk seluruh warganegara Malaysia yang berkelayakan. Calon-calon yang mempunyai ciri-ciri keperibadian seperti Imej dan keterampilan yang kemas dan bersih, mempunyai bakat kepimpinan, semangat tinggi dalam kerja berkumpulan, sifat jati diri yang cemerlang dan kelayakan profesionalisme yang sesuai dengan jawatan adalah digalakkan untuk memohon.

Calon-calon yang berminat dikehendaki untuk membaca syarat-syarat yang ditentukan dengan teliti sebelum memohon Jawatan kosong yang tertera.

ISI KANDUNGAN

 Info Jawatan:

  • Pegawai Tadbir Gred N41
  • Akauntan Gred WA29
  • Penolong Akauntan W29
  • Penolong Pegawai Tadbir Gred N29
  • Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19
  • Pembantu Belia dan Sukan Gred S19

_______________________________________________

Kelayakan Minimum: Sjil Peperiksaan Malaysia (SPM)  

  • Majikan: Majlis Sukan Negeri Selangor
  • Lokasi: Selangor
  • Taraf Jawatan: Kontrak
  • Gaji
    1. PEGAWAI TADBIR N41
      • Gaji Minimum: RM2,080.00
      • Gaji Maksimum: RM 9,546.00
      • Kenaikan Gaji Tahunan: RM 225.00
    2. AKAUNTAN WA41
      • Gaji Minimum: RM2,820.00
      • Gaji Maksimum: RM 9,585.00
      • Kenaikan Gaji Tahunan: RM 225.00
    3. PENOLONG AKAUNTAN W29
      • Gaji Minimum: RM1,498.00
      • Gaji Maksimum: RM 5,678.00
      • Kenaikan Gaji Tahunan: RM 145.00
    4. PENOLONG PEGAWAI TADBIR N29
      • Gaji Minimum: RM1,493.00
      • Gaji Maksimum: RM 5,672.00
      • Kenaikan Gaji Tahunan: RM 145.00
    5. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) W19
      • Gaji Minimum: RM1,353.00
      • Gaji Maksimum: RM 4,005.00
      • Kenaikan Gaji Tahunan: RM 100.00
    6. PEMBANTU BELIA DAN SUKAN S19
      • Gaji Minimum: RM1,352.00
      • Gaji Maksimum: RM 4,003.00
      • Kenaikan Gaji Tahunan: RM 100.00

Kelayakan Asas Majlis Sukan Negeri Selangor

  • Warganegara Malaysia
  • Keutamaan kepada rakyat Selangor dan atlet atau peminat sukan
  • 18 tahun ke atas pada tarikh tutup permohonan
  • Memiliki sekurang-kurangnya Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM)
  • Mendapat sekurang-kurangnya gred ‘C’ dalam mata pelajaran BM termasuk ujian lisan.

Kelayakan Khusus Majlis Sukan Negeri Selangor

Pegawai Tadbir Gred N41

  • Minimum memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang yang berkaitan daripada institusi yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang setaraf dengannya.

Akauntan Gred WA41

  • Minimum memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang yang berkaitan daripada institusi yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang setaraf dengannya.

Penolong Akauntan Gred WA29

  • Minimum kelayakan Majlis sukan negeri Selangor bagi jawatan ini pula anda harus memiliki Diploma atau Sijil Tinggi Peperiksaan Malaysia (STPM) dalam bidang yang berkaitan daripada institusi yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang setaraf dengannya.

Penolong Pegawai Tadbir Gred N29

  • Minimum memiliki Diploma atau Sijil Tinggi Peperiksaan Malaysia (SPM) dalam bidang yang berkaitan daripada institusi yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang setaraf dengannya.

Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19

  • Minimum memiliki Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) dalam bidang yang berkaitan daripada institusi yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang setaraf dengannya.

Pembantu Belia dan Sukan Gred S19

        • Minimum memiliki Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) dalam bidang yang berkaitan daripada institusi yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang setaraf dengannya.

Deskripsi Kerja

Pegawai Tadbir Gred N41

  • Tanggungjawab dalam merancang, menggubal dan membuat dasar awam dalam hal pengurusan sumber tenaga manusia, organisasi, sumber kewangan dan pentadbiran.
  • Menguruskan perolehan peralatan pejabat agensi kerajaan.
  • Memberi khidmat pakar runding terhadap sistem kerja dan urusan kakitangan, urusan pindah milik, hal gadaian dan pajakan serta tanggungjawab dalam pembahagian pusaka.

Akauntan Gred WA29

  • Tanggungjawab dalam membentuk, menggubal dan melaksanakan system perakaunan kerajaan dengan lancer dan baik.
  • Memberi khidmat nasihat dengan meluluskan sistem perakaunan serta kewangan selaras dengan amalan yang terbaik.
  • Memberi khidmat pakar runding dan kuputusan berkaitan perakaunan dan kewangan.

Penolong Akauntan W29

  • Bertanggungjawab dalam membantu pelaksanaan sistem perakaunan kerajaan mengikut prosedur dan peraturan – peraturan  yang berkaitan.

Penolong Pegawai Tadbir Gred N29

  • Bidang tugas Majlis sukan negeri Selangor bagi jawatan ini anda dipertanggungjawabkan dalam urusan kerja yang berkaitan pengurusan kewangan.
  • Memperolehi bekalan dan pembangunan, perkhidmatan personel, urusan pentadbiran pejabat, pengurusan majlis rasmi,
  • Memastikan urusan konsuler dan penguatkuasaan undang-undang berjalan lancar

Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19

  • Bertanggungjawab dalam menjalankan tugasan pengurusan kewangan sepenuh masa di peringkat Kumpulan Sokongan berhubung urusan-urusan kawalan belanjawan, kewangan am, perolehan kerajaan, bayaran emolumen, pembayaran, akaun, pelaburan dan pinjaman.

Pembantu Belia dan Sukan Gred S19

  • Bertanggungjawab dalam melaksanakan program serta aktiviti berkaitan belia dan sukan di peringkat daerah dan negeri.

Info Tambahan Majlis Sukan Negeri Selangor

  1. Calon-calon yang memohon hendaklah memiliki ciri-ciri:
  • Dinamik
  • Pro-aktif
  • Berpandangan jauh
  • Berkaliber tinggi
  • Berdisiplin
  • Berpengetahuan
  1. Calon akan menjalani saringan melalui ujian/proses tapisan. Hanya calon yang berjaya menghadapi proses saringan akan dipanggil untuk temuduga.
  2. Calon yang tidak dihubungi lebih enam (6) bulan daripada tarikh temuduga ditutup hendaklah menganggap permohonan anda tidak berjaya. 

Cara Memohon Majlis Sukan Negeri Selangor

  1. Calon-calon yang berminat hendaklah mendapatkan borang permohonan yang boleh dperolehi dari link >>>Sini
  2. Satu borang dibenarkan hanya satu [1] Jawatan.
  3. Setiap permohonan mesti dihantar, salinan dokumen berikut mesti disertakan: –
    • Kad Pengenalan diri
    • Sijil Kelahiran
    • Sijil-sijil persekolahan
    • Kelulusan Akademik (Sijil/Diploma/Ijazah) *Mana yang berkaitan dengan Jawatan yang dipohon.*
    • Satu (1) keping gambar terbaru berukuran passport
    • Dokumen-dokumen sokongan yang lain (Jika ada).
  4. Semua salinan dokumen yang berkaitan hendaklah disahkan oleh pegawai kerajaan dalam bahagian Pengurusan dan Profesional.
  5. Permohonan untuk pegawai yang sedang berkhidmat dengan kerajaan / pihak berkuasa tempatan / badan berkanun, permohonan harus diajukan melalui Ketua Pegawai Jabatan yang bertanggungjawab atas Jabatan yang berkaitan, besertakan dengan salinan “Pernyataan Rekod Perkhidmatan” dan “Laporan Penilaian Prestasi Tahunan” terbaru yang ditetapkan dalam peraturan 17 . 2005 Pegawai awam (pelantikan, kenaikan pangkat dan penamatan).
  6. Dokumen-dokumen yang tertera perlulah diikutkan jika memohon melalui Ketua Jabatan.
    • Surat Pengesahan Ketua Jabatan,
    • Salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini,
    • Salinan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) yang terkini,
    • Salinan surat kelulusan perisytiharan harta, dan
    • Salinan penyata gaji yang terkini.
  7. Calon akan menjalani saringan melalui ujian/proses tapisan. Hanya calon yang berjaya menghadapi proses saringan akan dipanggil untuk temuduga.
  8. Calon yang tidak dihubungi lebih enam (6) bulan daripada tarikh temuduga ditutup hendaklah menganggap permohonan anda tidak berjaya. 
  9. Tarikh tutup permohonan adalah 15 Januari 2021
  10. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses
  11. Borang Permohonan Jawatan Kosong yang lengkap mesti dihantar kepada:

Pengarah Eksekutif
Majlis Sukan Negeri Selangor
Aras 3 Kompleks Generasi Muda dan Sukan
Negeri Selangor, Lot 4, Jalan Platinum 7/52,
Seksyen 7, Persiaran Kayangan,
40000 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan.

ARTIKEL BERKAITAN: Jawatan Kosong Tentera Udara Malaysia

Dapatkan INFO semasa secara PERCUMA mengenai Jawatan Kosong Kerja Kerajaan Yang Lain dari kami. Isi detail anda. 

*Email anda adalah PRIVACY KAMI

Ikuti Page Dan Channel Kami Untuk Tips & Info KERJAYA Berterusan Bagi Jawatan Kerajaan

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You cannot copy content of this page

Hampir Selesai ...
Sila SAHKAN email anda di inbox bagi mengelakkan Sistem Kami Terima Email SPAM