Jawatan Kosong MAIWP

Jawatan Kosong MAIWP Pusat Wakaf

Jawatan Kosong MAIWP ini terbuka untuk seluruh warganegara Malaysia yang berkelayakan. Calon-calon yang mempunyai ciri-ciri keperibadian seperti Imej dan keterampilan yang kemas dan bersih, mempunyai bakat kepimpinan, semangat tinggi dalam kerja berkumpulan, sifat jati diri yang cemerlang dan kelayakan profesionalisme yang sesuai dengan jawatan adalah digalakkan untuk memohon.

Calon-calon yang berminat dikehendaki untuk membaca syarat-syarat yang ditentukan dengan teliti sebelum memohon Jawatan kosong yang tertera.

ISI KANDUNGAN

Info Jawatan Yang Diperlukan

  • Pengurus Pemasaran dan Dakwah
  • Eksekutif (Perakaunan dan Kewangan)
  • Eksekutif (Pemasaran dan Dakwah)
  • Eksekutif (Pembangunan Wakaf)

 _______________________________________________

Kelayakan Minimum: Ijazah Sarjana Muda

  • Majikan: Pusat Wakaf MAIWP
  • Syarikat Milik Penuh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
  • Lokasi: Perak
  • Taraf Jawatan: Kontrak

Senarai Gaji Jawatan Kosong MAIWP

    1. Pengurus Pemasaran dan Dakwah Gred 8
      • Gaji Minimum: RM 3,530.00
      • Gaji Maksimum: RM 9,000.00
    2. Eksekutif (Perakaunan dan Kewangan) Gred 11
      • Gaji Minimum: RM2,300.00
      • Gaji Maksimum: RM 6 ,000.00
    3. Eksekutif (Pemasaran dan Dakwah) Gred 11
      • Gaji Minimum: RM2,300.00
      • Gaji Maksimum: RM 6,000.00
    4. Eksekutif (Pembangunan Wakaf) Gred 11
      • Gaji Minimum: RM2,300.00
      • Gaji Maksimum: RM 6,000.00

Kelayakan Jawatan Kosong MAIWP

  • Warganegara Malaysia
  • 18 tahun ke atas dan 60 tahun ke bawah pada tarikh tutup permohonan
  • Minimum memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang yang berkaitan daripada institusi yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang setaraf denganya.
  • Mendapat sekurang-kurangnya gred ‘C’ dalam mata pelajaran BM termasuk ujian lisan.

Info Tambahan Jawatan Kosong MAIWP

  1. Calon-calon yang memohon hendaklah memiliki ciri-ciri:
    • Dinamik
    • Pro-aktif
    • Berpandangan jauh
    • Berkaliber tinggi
    • Berdisiplin
    • Berpengetahuan
  1. Calon akan menjalani saringan melalui ujian/proses tapisan. Hanya calon yang berjaya menghadapi proses saringan akan dipanggil untuk temuduga.
  2. Calon yang tidak dihubungi lebih enam (6) bulan daripada tarikh temuduga ditutup hendaklah menganggap permohonan anda tidak berjaya. 

Cara Memohon Jawatan Kosong MAIWP

  1. Calon-calon yang berminat hendaklah mendapatkan info permohonan melalui portal MAIWP yang kami kongsikan dibawah.
  2. Setiap permohonan mesti dihantar, salinan dokumen berikut mesti disertakan: –
    • Kad Pengenalan diri
    • Sijil Kelahiran
    • Sijil-sijil persekolahan
    • Kelulusan Akademik (Sijil/Diploma/Ijazah) *Mana yang berkaitan dengan Jawatan yang dipohon.
    • Satu (1) keping gambar terbaru berukuran passport
    • Dokumen-dokumen sokongan yang lain (Jika ada).
  3. Permohonan untuk pegawai yang sedang berkhidmat dengan kerajaan / pihak berkuasa tempatan / badan berkanun, permohonan harus diajukan melalui Ketua Pegawai Jabatan yang bertanggungjawab atas Jabatan yang berkaitan, besertakan dengan salinan “Pernyataan Rekod Perkhidmatan” dan “Laporan Penilaian Prestasi Tahunan” terbaru yang ditetapkan dalam peraturan 17 . 2005 Pegawai awam (pelantikan, kenaikan pangkat dan penamatan).
  4. Dokumen-dokumen yang tertera perlulah diikutkan jika memohon melalui Ketua Jabatan.
    • Surat Pengesahan Ketua Jabatan
    • Salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini
    • Salinan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) yang terkini
    • Salinan surat kelulusan perisytiharan harta, dan
    • Salinan penyata gaji yang terkini.
  5. Calon akan menjalani saringan Jawatan Kosong MAIWP melalui ujian/proses tapisan. Hanya calon yang berjaya melalui proses saringan akan dipanggil untuk temuduga.
  6. Calon yang tidak dihubungi lebih enam (6) bulan daripada tarikh temuduga ditutup hendaklah menganggap permohonan anda tidak berjaya. 
  7. Tarikh tutup permohonan adalah 23 Januari 2021.
  8. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses
  9. Borang Permohonan Jawatan Kosong yang lengkap mesti dihantar kepada:

Pusat Wakaf MAIWP Aras 26,
(HQ Bank Islam) Menara Imarah Wakaf,
No. 22, Jalan Perak,
50450 Kuala Lumpur.
atau Email : hr.pwmsb@gmail.com

Demikian Jawatan Kosong MAIWP yang ditawarkan oleh pihak Majlis Agama Islam Persekutuan. Sekiranya anda berminat dengan jawatan ini boleh lah memohon di PORTAL MAIWP

SUCCESS SELALU!

ARTIKEL BERKAITAN: Jawatan Kosong Majlis Sukan Negeri Selango

Dapatkan INFO semasa secara PERCUMA mengenai Jawatan Kosong Kerja Kerajaan Yang Lain dari kami. Isi detail anda. 

*Email anda adalah PRIVACY KAMI

Ikuti Page Dan Channel Kami Untuk Tips & Info KERJAYA Berterusan Bagi Jawatan Kerajaan

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You cannot copy content of this page

Hampir Selesai ...
Sila SAHKAN email anda di inbox bagi mengelakkan Sistem Kami Terima Email SPAM