Jawatan Kosong Majlis Daerah Tanjung Malim

Jawatan Kosong Majlis Daerah Tanjong Malim

Jawatan Kosong Majlis Daerah Tanjong Malim ini terbuka untuk warganegara Malaysia yang berkelayakan dan menetap di Perak.

Calon-calon yang mempunyai ciri-ciri keperibadian seperti imej dan keterampilan yang kemas dan bersih, mempunyai bakat kepimpinan, semangat tinggi dalam kerja berkumpulan, sifat jati diri yang cemerlang dan kelayakan profesionalisme yang sesuai dengan jawatan adalah digalakkan untuk memohon. 

Calon-calon yang berminat dikehendaki untuk membaca syarat-syarat yang ditentukan dengan teliti sebelum memohon Jawatan kosong yang tertera.

Info Jawatan:

Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19

Kelayakan Minimum: Sijil Persekolahan Malaysia (SPM)

  • Majikan: Majlis Daerah Tanjong Malim
  • Taraf Jawatan: Tetap/Kontrak (Percubaan 1-3 tahun)
  • Jumlah Kekosongan: 2
  • Lokasi: Perak
  • Gaji
  • Minimum: RM1,352.00
  • Maximum: RM4,003.00
  • Kenaikan Gaji Tahunan: RM 100.00

Pegawai Tadbir Gred N41/N44

Kelayakan Minimum: Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)

  • Taraf Jawatan: Tetap (Percubaan 1-3 tahun)
  • Jumlah Kekosongan: 1
  • Lokasi: Perak

Taraf Gaji 

  • Minimum: RM2,080.00
  • Maximum: RM9,546.00
  • Kenaikan Gaji Tahunan: RM 225.00

Kelayakan Jawatan Kosong Majlis Daerah Tanjong Malim

Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19

  • Warganegara Malaysia yang menetap di Perak
  • 18 tahun ke atas pada tarikh tutup permohonan.
  • Calon hendaklah memiliki minimum Sijil Persekolahan Malaysia (SPM) atau kelayakan yang setaraf dengannya
  • Mendapat sekurang-kurangnya gred ‘C’ dalam mata pelajaran BM termasuk ujian lisan.pada peringkat Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM)

Pegawai Tadbir Gred N41/N44

  • Warganegara Malaysia Yang menetap di Perak
  • 18 tahun ke atas pada tarikh tutup permohonan.
  • Calon hendaklah memiliki minimum Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang setaraf dengannya
  • Mendapat sekurang-kurangnya gred ‘C’ dalam mata pelajaran BM termasuk ujian lisan.pada peringkat Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM)

Deskripsi Kerja Jawatan Kosong Majlis Daerah Tanjong Malim

Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19

Mempunyai tanggungjawab dalam melaksanakan tugasan perkeranian dan operasi pada peringkat kelompok, termasuklah aspek-aspek perkeranian dan operasi (yang merangkumi tugasan administrasi umum, pengurusan personel, perkhidmatan kaunter, memproses data dan maklumat yang telah dikumpul dan memproses alat-alat komunikasi.

Pegawai Tadbir Gred N41/N44

Pegawai tadbir gred N41/N44 mempunyai tanggungjawab dalam merancang, menggubal dan melaksanakan dasar-dasar awam mengenai urusan-urusan sumber tenaga manusia, organisasi, sumber kewangan, ekonomi, pentadbiran dan pembangunan

Merancang, menggubal dan melaksanakan dasar-dasar awam mengenai pengurusan sumber tenaga manusia dan organisasi, sumber kewangan, ekonomi, pentadbiran dan pembangunan wilayah/ daerah/ tempatan/ tanah, perancangan dan pentadbiran sosial, hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri (termasuk perkhidmatan luar negeri) keselamatan/ ketahanan negara serta pengurusan teknologi maklumat.

Pegawai tadbir gred N41/N44 juga mempunyai tanggungjawab untuk urusan perolehan peralatan pejabat untuk agensi-agensi kerajaan, memberi khidmat pakar runding terhadap sistem kerja serta pengurusan kakitangan, membantu urusan pindah milik, gadaian, melepaskan gadaian dan pajakan serta bertanggungjawab ke atas pembahagian pusaka.

Kelebihan Lain

Calon yang berjaya akan mendapat kadar kenaikan gaji tahunan, cuti tahunan, cuti sakit dan pelbagai elaun berdasarkan gred/lokasi jawatan.   

Info Tambahan Jawatan Kosong Majlis Daerah Tanjong Malim

  1. Calon-calon yang memohon hendaklah memiliki ciri-ciri:
  • Dinamik
  • Pro-aktif
  • Berpandangan jauh
  • Berkaliber tinggi
  • Berdisiplin
  • Berpengetahuan

2. Calon akan menjalani saringan melalui ujian/proses tapisan. Hanya calon yang berjaya menghadapi proses saringan akan dipanggil untuk temuduga.

3. Calon yang tidak dihubungi lebih enam (6) bulan daripada tarikh temuduga ditutup hendaklah menganggap permohonan anda tidak berjaya. 

Cara Memohon Jawatan Kosong Majlis Daerah Tanjong Malim

  1. Permohonan jawatan kosong tertera hanya boleh dilakukan secara online (atas talian) melalui portal yang kami kongsikan di bawah.
  2. Calon yang belum pernah mendaftar hendaklah mendaftar pada portal tertera sebelum membuat permohonan terhadap jawatan tersebut.
  3. Calon yang sudah berdaftar hendaklah mengisi maklumat diri yang lengkap dan resume terkini besertakan dengan dokumen-dokumen yang berkaitan.
  4. Dokumen yang perlu disediakan adalah seperti berikut:
    • Sijil Lahir
    • Kad Pengenalan Pemohon
    • Kad Pengenalan Ibu Bapa (Sijil Mati jika berkaitan)
    • Sijil – Sijil Akademik dan
    • Dokumen-dokumen lain yang berkaitan dan disyaratkan
  5. Calon juga mesti menyediakan Salinan Sijil-Sijil Asal (yang telah dimuat naik dalam Portal) apabila berjaya dipanggil untuk ditemuduga.
  6. Calon hendaklah memastikan permohonan online yang dilakukan adalah lengkap kerana permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.
  7. Tarikh tutup permohonan untuk jawatan tersebut adalah 30 Ogos 2021(Isnin), Jam 11.59 PM.
  8. Bagi permohonan dalam kerajaan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing
  9. Permohonan lengkap melalui ketua jabatan hendaklah dihantar kepada:

Yang Dipertua,
Majlis Daerah Tanjong Malim Peti Surat 59,
35900 TANJONG MALIM

Jika anda berminat dan ingin memohon untuk Jawatan Kosong Majlis Daerah Tanjung Malim bolehlah memohon di LAMAN >>> Perak.Digital

.

Baca Juga : Jawatan Kosong Penolong Pegawai Penguatkuasa Gred KP29

Dapatkan INFO semasa secara PERCUMA mengenai Jawatan Kosong Kerja Kerajaan Yang Lain dari kami. Isi detail anda. 

*Email anda adalah PRIVACY KAMI

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You cannot copy content of this page

Hampir Selesai ...
Sila SAHKAN email anda di inbox bagi mengelakkan Sistem Kami Terima Email SPAM