Jawatan kosong Pegawai Penjara gred KA41

Jawatan Kosong Pegawai Penjara KA19

Jawatan kosong Pegawai Penjara KA19 ini terbuka untuk seluruh warganegara Malaysia yang berkelayakan. Calon-calon yang berminat dikehendaki untuk membaca syarat-syarat yang ditentukan dengan teliti sehingga habis di bawah sebelum memohon Jawatan kosong yang tertera.

ISI KANDUNGAN

Info Jawatan 

Nama jawatan yang diperlukan: Pegawai Penjara Gred KA19

  • Majikan: Jabatan Penjara Malaysia
  • 607 kekosongan

Gaji minimum untuk jawatan ini adalah RM 1360.00. Manakala Kadar Kenaikan gaji tahunan pula adalah RM100.00.

Kelayakan Jawatan Kosong Pegawai Penjara KA19

  1. Anda mestilah warganegara Malaysia.
  2. Berumur 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan.
  3. Memiliki Minimum gred C dalam Bahasa Malaysia pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  4. Tinggi lelaki tanpa kasut hendaklah sekurang-kurangnya 1.57m, dan tinggi wanita sekurang-kurangnya 1.53m.
  5. Sekurang-kurangnya 48 kg untuk lelaki dan 46 kg untuk wanita dalm berat badan.
  6. Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26.
  7. 79sm ukuran dada yang biasa dan 84sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja).

Bidang Tugas Pegawai Penjara KA19

Bertanggungjawab untuk kawalan tahanan yang terlibat dalam keselamatan dan pengurusan diri (termasuk tugas pemulihan dan kawalan) semasa rawatan tahanan di hospital atau mengambil bahagian dalam perbicaraan mahkamah.

Info Tambahan Jawatan kosong Pegawai Penjara KA19  

1. Calon-calon yang memohon hendaklah memiliki ciri-ciri:

  • Dinamik
  • Berpandangan jauh
  • Berkaliber tinggi
  • Berdisiplin

2. Calon akan menjalani saringan melalui ujian/proses tapisan. Hanya calon yang berjaya menghadapi proses saringan akan dipanggil untuk temuduga.

3. Calon yang tidak dihubungi lebih tiga bulan daripada tarikh temuduga ditutup hendaklah menganggap permohonan anda tidak berjaya.

Kelebihan Lain 

Antara kelebihan lain yang bakal anda dapat:

  • Cuti tahunan
  • Cuti sakit
  • Gaji Bulanan dengan kadar naik tahunan

Cara Memohon Jawatan Kosong Pegawai Penjara KA19

1. Permohonan jawatan kosong tertera hanya boleh dilakukan secara online (atas talian) melalui pautan portal Spa9.spa.gov.my yang kami kongsikan dibawah.

2. Calon yang belum pernah mendaftar hendaklah mendaftar pada portal tertera sebelum membuat permohonan terhadap jawatan tersebut.

3. Calon yang sudah berdaftar hendaklah mengisi maklumat diri yang lengkap dan resume terkini besertakan dengan dokumen-dokumen yang berkaitan.

4. Calon hendaklah memastikan permohonan online yang dilakukan adalah lengkap kerana permohonan yang tidak lengkap, tidak akan diproses.

5. Tarikh tutup permohonan untuk jawatan tersebut adalah 8 November 2020.

6. Hanya calon yang layak akan dipanggil untuk temuduga.

Pegawai Penjara adalah sebuah jabatan yang diletakkan dibawah Kementerian Keselamatan Dalam Negeri. Sekiranya anda berminat untuk berkhidmat dengan Jawatan Kosong Pegawai Penjara KA19 di atas boleh memohon di Laman RASMI SPA sebelum ditutup.


ARTIKEL BERKAITAN:
Jawatan Kosong Astro Terkini

Dapatkan INFO semasa secara PERCUMA mengenai Jawatan Kosong Kerja Kerajaan yang lain dari kami. Isi detail anda. 

*Email anda adalah PRIVACY KAMI

Ikuti Page Dan Channel Kami Untuk Tips & Info KERJAYA Berterusan Bagi Jawatan Kerajaan

2 thoughts on “Jawatan Kosong Pegawai Penjara KA19”

  1. MOHD FARID BIN ISMAIL

    Semoga dipermudahkan segala urusan dalam Dan luar dijabatan penjara Malaysia amiin

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You cannot copy content of this page

Hampir Selesai ...
Sila SAHKAN email anda di inbox bagi mengelakkan Sistem Kami Terima Email SPAM