Jawatan kosong Pegawai Penjara gred KA41

Jawatan kosong penguasa penjara gred Ka41

Jawatan kosong Penguasa Penjara Gred KA41 ini terbuka untuk seluruh warganegara Malaysia yang berkelayakan. Calon-calon yang berminat dikehendaki untuk baca sehingga habis syarat-syarat yang ditentukan dengan teliti di bawah sebelum memohon Jawatan kosong yang tertera.

ISI KANDUNGAN

Nama majikan: Jabatan Penjara Malaysia
Jumlah jawatan yang diperlukan: 73 kekosongan (50 Simpananan)

Untuk Gaji Minimum bagi jawatan ini ialah RM 2094.00 dan boleh cecah sehingga RM9,604. Manakala kadar  bagi kenaikan gaji tahunan pula RM225.00.


Kelayakan Untuk Memohon

  1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia dan berumur 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan.
  2. Memiliki Minimum gred C Bahasa Malaysia pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  3. Ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  4. Tinggi lelaki tanpa kasut hendaklah sekurang-kurangnya 1.57m, dan tinggi wanita sekurang-kurangnya 1.53m.
  5. Sekurang-kurangnya 48 kg untuk lelaki dan 46 kg untuk wanita dalm berat badan.
  6. Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26.
  7. 79sm ukuran dada yang biasa dan 84sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja).


Tugas Pegawai Penguasa Penjara Gred KA41

Bertanggungjawab melaksanakan dasar dan peranan jabatan untuk mencapai tujuan organisasi dalam pengurusan keselamatan penjara, pengurusan tahanan dan hukuman, program pemulihan dan rawatan, dan perlakuan tahanan.


Info Tambahan

1. Calon-calon yang memohon hendaklah memiliki ciri-ciri:

  • Dinamik
  • Berpandangan jauh
  • Berkaliber tinggi
  • Berdisiplin
  • berpengetahuan

2. Calon akan menjalani saringan melalui ujian/proses tapisan. Hanya calon yang berjaya menghadapi proses saringan akan dipanggil untuk temuduga.

3. Calon yang tidak dihubungi lebih tiga bulan daripada tarikh temuduga ditutup hendaklah menganggap permohonan anda tidak berjaya.


Kelebihan Lain

  • Cuti tahunan
  • Cuti sakit
  • Gaji Bulanan dengan kadar naik tahunan


Cara Memohon Jawatan Kosong Penguasa Penjara Gred KA41

1. Permohonan jawatan kosong tertera hanya boleh dilakukan secara online (atas talian) melalui portal Spa9.spa.gov.my yang kami kongsikan di bawah.

2. Calon yang belum pernah mendaftar hendaklah mendaftar pada portal tertera sebelum membuat permohonan terhadap jawatan tersebut.

3. Calon yang sudah berdaftar hendaklah mengisi maklumat diri yang lengkap dan resume terkini besertakan dengan dokumen-dokumen yang berkaitan.

4. Calon hendaklah memastikan permohonan online yang dilakukan adalah lengkap kerana permohonan yang tidak lengkap, tidak akan diproses.

5. Tarikh tutup permohonan untuk jawatan tersebut adalah 8 November 2020.

6. Hanya calon yang layak akan dipanggil untuk temuduga.

Jawatan kosong Penguasa Penjara Gred KA41 ini adalah dibawah Kementerian Keselamatan Dalam Negeri. Sekiranya anda berminat dengan apa yang ditawarkan oleh Jabatan Penjara Malaysia boleh kemukakan permohonan anda di LAMAN SPA ini sebelum ditutup.


ARTIKEL BERKAITAN:
Jawatan Kosong Pegawai Penjara KA19

 

Dapatkan INFO semasa secara PERCUMA mengenai Jawatan Kosong Kerja Kerajaan yang lain dari kami. Isi detail anda. 

*Email anda adalah PRIVACY KAMI

Ikuti Page Dan Channel Kami Untuk Tips & Info KERJAYA Berterusan Bagi Jawatan Kerajaan

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You cannot copy content of this page

Hampir Selesai ...
Sila SAHKAN email anda di inbox bagi mengelakkan Sistem Kami Terima Email SPAM