Kolej Universiti Islam Selangor Jawatan Kosong ini terbuka untuk seluruh warganegara Malaysia yang berkelayakan. Calon-calon yang berminat dikehendaki untuk baca sehingga habis syarat-syarat yang ditentukan di bawah dengan teliti sebelum memohon jawatan kosong yang tertera.
ISI KANDUNGAN
Info Jawatan
- Nama Jawatan Kosong: Pembantu Tadbir (P/O)
- Majikan: Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
- Gaji Minimum: RM1,200
- Gaji Maximum: RM3,375
- Taraf: Kontrak
Kelayakan Memohon Kolej Universiti Islam Selangor Jawatan Kosong Ini
- Anda mestilah warganegara Malaysia.
- Berumur 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan.
- Memiliki Minimum gred C Bahasa Malaysia pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
- Ada pengalaman kerja paling rendah 1 tahun dalam bidang yang disenaraikan oleh pihak jabatan.
- Berkebolehan mengendalikan kerja-kerja seperti photocopy, filing dan mempunyai kemahiran asas dalam menggunakan Microsoft Word dan Microsoft Excel.
- Berpengetahuan sedikit mengenai asas dalam perakaunan dan kewangan.
Info Tambahan Jawatan Kosong
- Calon-calon yang memohon hendaklah memiliki ciri-ciri:
- Dinamik
- Berpandangan jauh
- Berkaliber tinggi
- Berdisiplin
- Berpengetahuan
- Calon akan menjalani saringan melalui ujian/proses tapisan. Hanya calon yang berjaya menghadapi proses saringan akan dipanggil untuk temuduga.
- Calon yang tidak dihubungi lebih 6 bulan daripada tarikh temuduga ditutup hendaklah menganggap permohonan anda tidak berjaya.
Cara Memohon Kolej Universiti Islam Selangor Jawatan Kosong
- Permohonan haruslah dilakukan melalui Borang Permohonan Jawatan PembantuTadbir (P/O) Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor.
- Borang permohonan tersebut boleh didapati di laman rasmi KUIS yang kami kongsikan dibawah.
- Sijil-sijil yang penting haruslah dikemukan tanpa ada kekurangan. Antaranya sijil yang diperlukan adalah:
- Profil Peribadi/Resume.
- Sijil Kokurikulum
- Sijil Berhenti Sekolah Menengah (jika berkaitan)
- Sijil SPM, PMR atau setaraf yang telah disahkan (jika berkaitan)
- Transkrip Akademik yang telah disahkan (jika berkaitan)
- Ijazah Sarjana Muda/Diploma yang telah disahkan (jika berkaitan)
- Kad Pengenalan yang telah disahkan
- Sijil Kelahiran yang telah disahkan
- Sekiranya permohonan anda tidak lengkap, maka akan ditolak dengan serta merta.
- Tarikh tutup permohonan untuk jawatan tersebut adalah 11 Oktober 2021.
- Mana-mana calon yang berjaya akan dihubungi melalui email atau nombor telefon untuk temuduga melalui dalam talian. Jadi pastikan anda isi detail dengan betul.
- Borang Permohonan harus dihantar melalui email ke vacancy@kuis.edu.my (borang yang
dihantar secara hardcopy tidak akan diproses)
Demikian diatas perkongsian kami mengenai Kolej Universiti Islam Selangor Jawatan Kosong. Sekiranya anda berminat boleh dapatkan borang permohonan melalui laman rasmi KUIS >>> DISINI
BACA JUGA: Jawatan Kosong Perbadanan Stadium Dan Kawasan Lapang
Dapatkan INFO semasa secara PERCUMA mengenai Jawatan Kosong Kerja Kerajaan yang Lain dari kami. Isi detail anda.
*Email anda adalah PRIVACY KAMI