Tahniah untuk anda kerana berjaya sampai ke fasa temuduga Pembantu Perawatan Kesihatan U11 ini.
Perlu diingat sikap bertanggungjawab, rajin, ramah mesra dan berdedikasi yang dimliki oleh calon adalah ciri yang penting dalam temuduga PPK U11.
Anda juga harus mengetahui info semasa berkaitan KKM supaya tidak ‘Blurr” semasa sesi soal jawab temuduga nanti.
Sebelum kami bongkarkan mengenai bidang tugas dan tips temuduga PPK U11, wajib lihat dulu senarai jadual panggilan temuduga ppk U11 terkini supaya anda tidak terlepas.
ISI KANDUNGAN
Semakan Temuduga Pembantu perawatan kesihatan u11 2021
Berikut adalah senarai jadual termuduga ppk U11 terkini mengikut Negeri.
- Pembantu Perawatan Kesihatan U11 Dalam KKM (SEMENANJUNG). Temuduga diadakan secara bersemuka pada 19 September – 8 Oktober 2021
Anda boleh semak senarai penjadualan panggilan temuduga jawatan SPA terkini disini Portal Rasmi SPA
Gaji PPK U11 Terkini
Sekiranya anda berjaya menjawat jawatan ini, gaji untuk permulaan dari artikel ini ditulis adalah RM1,204 dan maksimum adalah RM3,001.
Manakala kenaikan gaji tahunan pula RM80 setahun.
Tugas Dan Tanggung Jawab Pembantu Perawatan Kesihatan u11
Skop tugas PPK U11 ini merangkumi 2 jenis. Iaitu Tugasan Am dan Tugasan Khas. Ianya telah ditentukan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia itu sendiri. Lihat Senarai Tugasan dibawah ini:
Tugasn Am
- Terlibat dalam kerja pemeriksaaan ujian dan rawatan pesakit seperti mengiringi pesakit mengambil sampel darah, X-ray dan mengirimkan ke makmal/unit berkaitan.
- Mengendali rekod kematian dan menghantar mayat ke bilik khas.
- Menjaga kebersihan wad, tempat bertugas, alatan perubatan dan membersihkan bekas tempat makanan, bekas najis yang digunakan oleh pesakit.
- Sebagai “pengiring” untuk pesakit. Memenuhi permintaan yang diperlukan oleh pesakit seperti mengiringi ke tandas dan memberi suapan kepada pesakit yang tidak mampu bertindak sendiri.
- Terlibat dalam pemeriksaan jumlah stok ubat-ubatan dan perlatan lain.
- Membuat kerja penghantaran seperti dokumen, peralatan dan mengambil makanan dari dapur kemudian memberi makanan kepada pesakit.
- Memastikan keadaan katil pesakit dalam keadaan kemas. Seperti Cadar Selimut dan lain-lain.
Tugasan Khas
- Terlibat dalam program pengetahuan penyakit pesakit.
- Menjalankan tugas pembasmian kuman dan pembersihan.
- Membersihkan peralatan klinikal selepas digunakan berlandaskan SOP
- Memberi panduan kepada pesakit baru.
- Mengambil rekod sifat fizikal pesakit sepeti berat dan ketinggian.
- Membuat sponging kepada pesakit apabila mendapat arahan dari pegawai perubatan.
- Membuat penjagaan mulut pesakit mengikut aturan.
- Membuang rambut atau bahagian tertentu pesakit yang hendak dibedah.
- Membantu dalam mengambil rekod perubatan pesakit dari semasa ke semasa.
- Memindahkan kedudukan pesakit yang tidak berupaya.
- Menyediakan dan memasang alat perubatan tertentu yang diperlukan oleh pesakit seperti alat bantuan pernafasan.
- Mengambil sample kahak, urin dan darah pesakit untuk dibuat ujian oleh pegawai perubatan.
4 Tips Temuduga Pembantu Perawatan Kesihatan U11
1. Hadir Awal
Setkan jam untuk bangun awal dan keluar rumah seawal 1 jam dari jangka masa tiba ke destinasi temuduga sebenar. Ianya dapat mengatasi masalah diluar kawalan seperti kesesakkan lalu lintas, kereta rosak dan masalah lain.
Kelebihan tiba lebih awal juga anda dapat mengambil ‘Aura’ persekitaran ofis supaya dapat biasakan diri dan hilangkan perasaan gementar.
2. Terus Ke kaunter Pendaftaran
Dah sampai sila daftar nama anda dan ambil angka giliran. Sebelum giliran tiba, kemaskinikan dokumen dalam fail. Pastikan dokumen tidak tersalah susun supaya tidak gelabah nanti apabila diminta.
3. Masuk Ke Klinik Temuduga
Beri atau jawab salam dengan penuh senyuman. Pastikan anda tatap mata panel penemuduga semasa memberi/jawab salam dengan suara yang penuh semangat.
Sebelum hadir pastikan anda tahu dengan isu-isu semasa berkaitan Jabatan Kementerian Kesihatan dan Pembantu Perawatan Kesihatan. Semasa disoal, pastikan jawab dengan tenang dan senyum.
4. Akhir Temuduga
Jangan lupa ucap terima kasih kepada panel penemuduga dan berjabat tangan sekiranya perlu (lihat berdasarkan keadaan.) Tahniah! anda sudah buat yang terbaik. Dan seterusnya anda kena berdoa dan tawakal.
Sebelum 4 tips diatas anda amalkan, pastikan anda buat latih tubi berkenaan soalan-soalan yang berkaitan dengan temuduga Pembantu Perawatan Kesihatan U11.
Jika ada persiapan awal, anda pasti hadir dengan penuh keyakinan. Berikut kami kongsikan beberapa contoh soalan temuduga PPK U11…
Buat latih tubi sebanyak mungkin supaya hadir dengan penuh keyakinan
20 Contoh Soalan Temuduga Pembantu Perawatan Kesihatan U11
- Apakah tanggungjawab Kementerian Kesihatan Malaysia?
- Bagaimana cara seseorang PPK melayani pesakit yang datang?
- Adakah anda mempunyai kebolehan menjalankan Cardio-Pulmonary Resuscitation?
- Sebagai seorang PPK, bagaimanakah anda menjalankan tugas dengan penuh kejujuran dan ketelusan?
- Adakah anda jenis yang takut darah?
- Apakah reaksi anda bila nampak najis?
- Berikan Senarai tugas dalam bidang PPK.
- Senaraikan nilai moral yang patut ada pada seorang PPK?
- Adakah anda dapat mengurukan pesakit orang tua?
- Berikan Senarai tugas dalam bidang PPK.
- Apakah warna uniform PPK?
- Pernahkah anda melakukan tugas atau aktiviti yang berkaitan PPK sebelum ini?
- Jika anda tidak biasa dengan suana kerja PPK, bagaimanakah anda mengatasinya?
- Apakah perbezaan klinik dan hospital?
- Berikan gambaran logo KKM yang anda tahu.
- Siapakah nama menteri Kementerian Kesihatan Malaysia terkini?
- Nyatakan visi, misi dan moto KKM. Sila Huraikan…
- Nyatakan kempen KKM yang anda pernah ikuti
- Adakah anda boleh berkerja secara syift dan lebih masa?
- Dalam 5 rukun negara, yang manakah terkandung dalam moto KKM?
Rujukan Lengkap Temuduga Pembantu Perawatan U11
Ini adalah rujukan lengkap “Spesifik” khas untuk temuduga PPK U11 yang pihak kami sediakan berdasarkan pengalaman, contoh soalan 2020 dan tahun-tahun lepas.
Lengkap sekali dengan penulisan resume, teknik menjawab, rahsia kejayaan temuduga dan lebih 250++ contoh soalan Temuduga PPK U11.
Kami juga sediakan PREVIEW COPY PERCUMA nota temuduga Pembantu Perawatan U11 khas untuk anda download supaya tahu bagaimana rujukan ini disusun.
[PENTING!] Sila SAHKAN Email Anda Di INBOX 1-3 Minit Selepas Permohonan Berjaya Dihantar
Berdasarkan tahun sebelum ini, temuduga PPK ada kelainan sikit dengan jawatan SPA yang lain. Sebab tu ramai calon yang gagal disebabkan cara persiapan yang salah.
Kebanyakkan mereka Study soalan diluar dari format PPK. Tidak faham bidang tugas, dan dan isu-isu semasa berkaitan KKM. Semoga dengan rujukan KHAS ini dapat bantu ada jawat jawatan Pembantu Perawatan Kesihatan U11 ini yang anda idamkan.
Success selalu!
ARTIKEL BERKAITAN: Tips temuduga SPA