Logo SPA Dan Jabatan Perkhidmatan Awam

Jawatan Kosong Jabatan Pegawai Latihan Vokasional Jabatan Perkhidmatan Awam
Malaysia (JPA) Tahun 2020

Jawatan Kosong Jabatan Perkhidmatan Awam ini terbuka untuk seluruh warganegara Malaysia yang berkelayakan. Calon-calon yang berminat dikehendaki untuk membaca sehingga habis syarat-syarat yang ditentukan dengan teliti sebelum memohon Jawatan kosong yang tertera.

Info Kekosongan Jawatan Perkhidmatan Awam 

Jawatan ini terbuka untuk kekosongan Pegawai Latihan Vokasional bagi Gred: DV29, DV35, DV37, DV39, DV41, DV43, DV47, DV51, DV53.

Lokasi: Seluruh Malaysia
Tempat Tugasan: Kementerian Sumber Manusia

  • Institut Latihan Perindustrian (ILP)
  • Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC)
  • Institut Teknikal Jepun-Malaysia (JMTI)
  • Kementerian Belia dan Sukan
  • Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN)


Kelayakkan Calon Untuk Memohon Jawatan Ini

  1. Calon mestilah warganegara Malaysia
  2. Berumur 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan.
  3. Memiliki Ijazah Sarjana Muda bidang teknologi kejuruteraan atau bidang yang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  4. Ijazah Sarjana Muda bidang kejuruteraan, seni bina, ukur tanah, ukur bahan atau bidang yang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  5. Memiliki Minimum gred C Bahasa Malaysia pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  6. Untuk maklumat lanjut jawatan kosong Jabatan Perkhidmatan Awam Ini, boleh rujuk disini >>> Pegawai Latihan Vokasional

Baca juga: Jawatan Kosong UNIMAS

Senarai Jadual Gaji Mengikut Gred 

Untuk gaji jawatan Pegawai Latihan Vokasional dan Penolong Pegawai Latihan Vokasional adalah berbeza mengikut gred. Berikut kami kongsikan dibawah;

Jadual Gaji Jabatan Perkhidmatan Awam Pegawai Latihan Vokasional Mengikut Gred

Senarai Bidang Tugas 

Pegawai Latihan Vokasional

  • Bertanggungjawab terhadap aktiviti agensi di peringkat nasional yang ditentukan oleh pengarah agensi.
  • Mengikut keperluan industri, bekerja dalam bentuk penyelidikan dan pengembangan latihan vokasional.
  • Menyelia, menyelaras dan mengawal semua penolong pegawai latihan vokasional dan kakitangan lain dalam aktiviti latihan.
  • Menyediakan jadual latihan tahunan, keperluan latihan, termasuk tugas “beban kerja” untuk semua pembantu / penolong pegawai latihan vokasional di Jabatan Perkhidmatan Awam.
  • Menguruskan pelaksanaan program latihan dan persediaan perisian latihan.
  • Mengurus, mengawasi dan mengawal penggunaan peralatan, bahan bengkel dan makmal latihan.

Tugas Pegawai Latihan Vokasional Jabatan Perkhidmatan Awam seterusnya

  • Mengendalikan kursus mengikut keperluan sukatan pelajaran dan standard latihan, dan bertanggungjawab terhadap kualiti dan keberkesanan kursus.
  • Bertanggungjawab untuk mempromosikan, merancang dan melaksanakan, dan menilai hasil kursus pendek yang diadakan di institusi.
  • Membantu menilai dan meningkatkan kefasihan dan keberkesanan kursus latihan.
  • Mengambil bahagian dalam aktiviti pentadbiran / pengurusan pusat agensi Jabatan Perkhidmatan Awam.
  • Hubungi industri untuk mencari tempat yang sesuai bagi pelatih untuk menjalankan aktiviti Logi.
  • Merancang dan melaksanakan jadual latihan susulan logi untuk membimbing tenaga pengajar dan menyemak laporan susulan untuk menilai keberkesanan rancangan tersebut.
  • Melaksanakan tugas-tugas lain seperti yang diarahkan oleh pengarah serta ketua jabatan dari semasa ke semasa.
  • Penyelarasan antara jabatan / proses, terutama yang berkaitan dengan keperluan latihan dan bahan pengajaran.

Penolong Pegawai Latihan Vokasional

  • Menjalankan dan memberikan latihan, termasuk menyediakan rancangan pengajaran, dokumen penerangan, dokumen kerja, dokumen kerja dan alat bantu mengajar, dan memastikan bahawa pelatih menguasai kemahiran, pengajaran praktikal dan teori.
  • Mengawasi pensyarah dan pelatih semasa bengkel, dari segi pengawasan kebersihan, keselamatan penggunaan alat dan peralatan, dan tindakan disiplin semasa latihan.
  • Kekalkan kondisi keperluan untuk bahan ujian
  • Menyelia dan menguruskan semua ujian, serta mengawasi laporan kemajuan dan ujian pelajar.
  • Menyelia semua perkara latihan yang berkaitan dengan ketukangan, termasuk keselamatan, kebersihan dan kerosakan bengkel.

Tugas Penolong Pegawai Latihan Vokasional Jabatan Perkhidmatan Awam Seterusnya

  • Bertanggungjawab menyediakan senarai semua barang terkawal dan akses ke gudang.
  • Rancang susun atur mesin dan perkakasan di bahagian yang dijaganya
  • Menggalakan dan memilih pembelian alatan baru supaya kualiti latihan adalah mengikut masa kini.
  • Mengikut rancangan latihan pelatih di bawah bimbingan mereka, membahagikan tugas yang dirancang mengikut rancangan mingguan.
  • Rancangkan dan mohon bekalan bahan bengkel berdasarkan latihan dan serahkan kepada penyelia JPA.
  • Melaksanakan tugasan lain dari semasa ke semasa.


Info Tambahan Mengenai Jawatan Jabatan Perkhidmatan Awam Ini

1. Calon-calon yang memohon hendaklah memiliki ciri-ciri:

  • Dinamik
  • Berpandangan jauh
  • Berkaliber tinggi
  • Berdisiplin
  • Berpengetahuan

2. Calon akan menjalani saringan melalui ujian/proses tapisan. Hanya calon yang berjaya menghadapi proses saringan akan dipanggil untuk temuduga Jabatan Perkhidmatan Awam.
3. Calon yang tidak dihubungi lebih tiga bulan daripada tarikh temuduga ditutup hendaklah menganggap permohonan anda tidak berjaya.


Kelebihan Jika Anda Berkhidmat Di Jabatan Perkhidmatan Awam

  • Cuti tahunan
  • Cuti sakit
  • Gaji Bulanan dengan kadar naik tahunan


Cara Memohon Jawatan Jabatan Pekhidmatan Awam Bagi Pegawai Latihan Vokasional 

1. Permohonan jawatan kosong tertera hanya boleh dilakukan secara online (atas talian) melalui portal SPA.
2. Calon yang belum pernah mendaftar hendaklah mendaftar pada portal tertera sebelum membuat permohonan terhadap jawatan di Jabatan Perkhidmatan Awam.
3. Calon yang sudah berdaftar hendaklah mengisi maklumat diri yang lengkap dan resume terkini besertakan dengan dokumen-dokumen yang berkaitan.
4. Calon hendaklah memastikan permohonan online yang dilakukan adalah lengkap kerana permohonan yang tidak lengkap, tidak akan diproses.
5. Tarikh tutup permohonan untuk jawatan tersebut adalah 2 November 2020.
6. Hanya calon yang layak akan dipanggil untuk temuduga JPA.
7. Calon yang layak dan berminat boleh memohon melalui Laman SPA 

Demikian Info mengenai jawatan kosong Pegawai Latihan Vokasional dalam Jabatan Perkhidmatan Awam.

Sekiranya anda berminat boleh mohon melalui pautan yang kami berikan diatas atau anda inginkan info mengenai jawatan yang lain pula dalam kerja kerajaan ini. Sila isi detail dibawah untuk kami berikan UPDATE semasa kepada anda.

Dapatkan INFO semasa secara PERCUMA Jawatan Kerja Kerjaan Lain dari kami. Isi detail anda. 

*Email anda adalah PRIVACY KAMI


ARTIKEL BERKAITAN:
Jawatan Kosong Pensyarah UTHM

Ikuti Page Dan Channel Kami Untuk Tips & Info KERJAYA Berterusan Bagi Jawatan Kerajaan

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You cannot copy content of this page

Hampir Selesai ...
Sila SAHKAN email anda di inbox bagi mengelakkan Sistem Kami Terima Email SPAM