Jawatan Kosong Penolong Jurutera JA29 Majlis Daerah Yan

Jawatan kosong penolong Jurutera JA29 DI Majlis Daerah Yan

Jawatan Kosong Penolong Jurutera JA29 ini terbuka untuk seluruh warganegara Malaysia yang berkelayakan. Calon-calon yang berminat dikehendaki untuk membaca sehingga habis syarat-syarat yang ditentukan dengan teliti sebelum memohon Jawatan kosong yang tertera.

Info Jawatan Kosong Penolong Jurutera JA29

Nama Jawatan: Penolong Jurutera Gred JA29 (Tetap) 

  • Majikan: Majlis Daerah Yan 
  • Lokasi: Kedah

Gaji Minimum untuk jawatan ini adalah RM1860.00 dan Maksimum RM5,701.00. Manakala kadar kenaikkan gaji dalam setahun adalah pada kadar RM145.00.

Kelayakan Untuk Memohon Jawatan 

  • Calon mestilah warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan.
  • Memiliki Diploma dalam bidang kejuruteraan atau bidang yang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  •  Memiliki Minimum gred C Bahasa Malaysia pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Apa Saja Bidang Tugas Penolong Jurutera JA29 Ini?

Bertanggungjawab untuk memastikan projek dilaksanakan mengikut skop kerja
kejuruteraan. Termasuk kejuruteraan awam, mekanikal dan elektrik dalam mengumpul maklumat untuk:-

  • Penyediaan reka bentuk.
  • Menyiapkan dan mengkaji semula lukisan teknik.
  • Rekod inventori.
  • Menyelia tapak projek.
  • Mengawas pelaksanaan kerja pembinaan di tapak projek.
  • Menyiapkan laporan kemajuan projek.
  • Membantu dalam perundingan dan penyediaan sebut harga dan tender.
  • Menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan bangunan dan bengkel.
  • Melaksanakan tugas kawalan.
  • Pengujian peralatan elektrik secara berkala.
  • Merancang dan mengatur aktiviti untuk memastikan penyeliaan sistem pengairan dan saliran.
  • Melaksanakan tugas yang berkaitan.

Info Tambahan Mengenai Jawatan Ini

Bagi calon yang berminat haruslah mempunyai ciri-ciri seperti berikut:

  • Dinamik
  • Berpandangan jauh
  • Berkaliber tinggi
  • Berdisiplin
  • Berpengetahuan

Kelebihan lain Jika Anda Berkhidmat Di Penolong Jurutera JA29 

  • Cuti tahunan
  • Cuti sakit
  • Gaji Bulanan dengan kadar naik tahunan

Cara Untuk Memohon Jawatan Kosong Penolong Jurutera JA29 

1. Calon yang berminat hendaklah mendapatkan borang MDY 2020 yang boleh dperolehi dari Jabatan Sumber Manusia Majlis Daerah Yan dengan pembayaran RM3.00.

2. Semasa membuat permohonan, sila nyatakan Jawatan yang ingin dimohon di sebelah kiri atas sampul Surat.

3. Setiap permohonan mesti dihantar, salinan dokumen berikut mesti disertakan:-

  • Kad Pengenalan diri
  • Sijil-sijil persekolahan
  • Kelulusan Akademik (Sijil/Diploma/Ijazah) *Mana yang berkaitan dengan Jawatan yang dipohon.*
  • Satu (1) keping gambar terbaru berukuran passport.
  • Dokumen-dokumen sokongan yang lain (Jika ada).

4. Semua salinan dokumen yang berkaitan hendaklah disahkan oleh pegawai kerajaan dalam bahagian Pengurusan dan Profesional.

5. Permohonan untuk pegawai yang sedang berkhidmat dengan kerajaan / pihak berkuasa tempatan / badan berkanun, permohonan harus diajukan melalui Ketua Pegawai Jabatan yang bertanggungjawab atas Jabatan yang berkaitan, besertakan dengan salinan “Pernyataan Rekod Perkhidmatan” dan “Laporan Penilaian Prestasi Tahunan” terbaru yang ditetapkan dalam peraturan 17 . 2005 Pegawai awam (pelantikan, kenaikan pangkat dan penamatan).

6. Calon akan menjalani saringan melalui ujian/proses tapisan. Hanya calon yang berjaya menghadapi proses saringan akan dipanggil untuk temuduga Penolong Jurutera JA29 Ini.

7. Calon yang tidak dihubungi lebih enam (6) bulan daripada tarikh temuduga ditutup hendaklah menganggap permohonan anda tidak berjaya.

8. Tarikh tutup permohonan bagi jawatan adalah 1 November 2020 (2pm).

Semoga dengan perkongsian diatas dapat memberi anda info persediaan untuk memohon jawatan Penolong Jurutera JA29 bagi Majlis Daerah Yan kedah Ini.

Sekiranya anda berminat bolehlah memohon. Mana tahu rezeki anda disini kan? Satu Lagi, segala borang permohonan lengkap mestilah dihantar kepada :

Yang DiPertua
Majlis Daerah Yan,
06900 Yan,
Kedah Darul Aman
u.p : Bahagian Sumber Manusia

Atau untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman Jawatan Kosong Majlis Daerah Yan Ini

Success Selalu!


ARTIKEL BERKAITAN: Senarai Jawatan Kosong Terkini Majlis Daerah Yan Tahun 2020

Dapatkan INFO semasa secara PERCUMA mengenai Jawatan Kerja Kerajaan lain dari kami. Isi detail anda. 

*Email anda adalah PRIVACY KAMI

Ikuti Page Dan Channel Kami Untuk Tips & Info KERJAYA Berterusan Bagi Jawatan Kerajaan

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You cannot copy content of this page

Hampir Selesai ...
Sila SAHKAN email anda di inbox bagi mengelakkan Sistem Kami Terima Email SPAM