Jawatan Kosong Penolong Jurutera JA29 Majlis Daerah Yan

Senarai Jawatan Kosong Terkini DI Majilis Daerah Yan Tahun 2020

Jawatan kosong Majlis Daerah Yan ini terbuka untuk seluruh warganegara Malaysia yang berkelayakan. Calon-calon yang berminat dikehendaki untuk baca sehingga habis syarat-syarat yang ditentukan di bawah dengan teliti sebelum memohon Jawatan kosong yang tertera.

ISI KANDUNGAN

Info Jawatan Kosong Majlis Daerah Yan

Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana 

Senarai Jawatan Kosong Yang diperlukan; 

  1. Penolong Jurutera Gred JA 29
  2. Penolong Arkitek Landskap Gred JA 29
  3. Penolong Pegawai Penguatkuasa Gred KP29
  4. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19
  5. Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19
  6. Pembantu Kesihatan Awam Gred U19
  7. Penghantar Notis Gred N11
  8. Pembantu Awam Gred H1
  • Lokasi: Kedah

Gaji permulaaan yang terendah bagi jawatan Majlis Daerah Yan diatas adalah RM1,216 dan yang tertinggi adalah RM1,860 iaitu Penolong Jurutera JA29. Jadual gaji ini berbeza mengikut jenis jawatan yang dipohon beserta gred.

Manakala purata kenaikkan gaji tahunan bagi keseluruhan jawatan kosong diatas adalah sekitar RM111.90


Syarat Utama Untuk Memohon

  1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia dan berumur 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan.
  2. Bagi pemohon Penolong Jurutera JA29, Penolong Arkitek landskap JA29, Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29, mestilah memiliki Diploma dalam bidang yang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian  tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. 
  3. Bagi Pemohon jawatan Majlis Daerah Yan dalam bidang Pembantu tadbir Kewangan, Perkeranian/operasi dan Pembantu Kesihatan Awam pula haruslah memilik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
  4. Manakala Pembantu tadbir Kewangan, Perkeranian/operasi dan Pembantu Kesihatan Awam harus mempunyai Sijil Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah
    atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
    Kerajaan. 
  5. Memiliki Minimum gred C Bahasa Malaysia pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


Info Tambahan Mengenai Jawatan Kosong Ini

1. Kriteria ini haruslah dimiliki oleh setiap pemohon dari segi;

  • Dinamik
  • Berpandangan jauh
  • Berkaliber tinggi
  • Berdisiplin
  • Berpengetahuan

Kelebihan lain juga bakal anda dapat sekiranya berkhidmat di Majlis Daerah Yan. Antaranya ialah:

  • Cuti tahunan
  • Cuti sakit
  • Gaji Bulanan dengan kadar naik tahunan


Cara Memohon Jawatan Kosong Di Majlis Daerah Yan

1. Calon yang berminat hendaklah mendapatkan borang MDY 2020 yang boleh dperolehi dari Jabatan Sumber Manusia Majlis Daerah Yan dengan pembayaran RM3.00 sahaja.

2. Semasa membuat permohonan, sila nyatakan Jawatan yang ingin dimohon di sebelah kiri atas sampul surat.

3. Setiap permohonan jawatan Majlis Daerah Yan mestilah disertakan dengan dokumen seperti berikut: 

  • Kad Pengenalan diri
  • Sijil Kelahiran
  • Sijil-sijil persekolahan
  • Kelulusan Akademik (Sijil/Diploma/Ijazah) *Mana yang berkaitan dengan Jawatan yang dipohon.*
  • Satu (1) keping gambar terbaru berukuran passport
  • Dokumen-dokumen sokongan yang lain (Jika ada).

4. Semua salinan dokumen yang berkaitan hendaklah disahkan oleh pegawai kerajaan dalam bahagian Pengurusan dan Profesional.

5. Permohonan untuk pegawai yang sedang berkhidmat dengan kerajaan / pihak berkuasa tempatan / badan berkanun, permohonan harus diajukan melalui Ketua Pegawai Jabatan yang bertanggungjawab atas Jabatan yang berkaitan, besertakan dengan salinan “Pernyataan Rekod Perkhidmatan” dan “Laporan Penilaian Prestasi Tahunan” terbaru yang ditetapkan dalam peraturan 17 . 2005 Pegawai awam (pelantikan, kenaikan pangkat dan penamatan).

6. Calon akan menjalani saringan melalui ujian/proses tapisan. Hanya calon yang berjaya menghadapi proses saringan akan dipanggil untuk temuduga Jawatan Majlis Daerah Yan ini.

7. Calon yang tidak dihubungi lebih enam (6) bulan daripada tarikh temuduga ditutup hendaklah menganggap permohonan anda tidak berjaya.

8. Tarikh tutup untuk permohonan bagi jawatan ini ialah 01 November 2020

Macam mana? Dah baca habis? Jika anda layak dengan syarat-syarat dan berpuas hati dengan kelebihan yang ditawarkan, anda bolehlah menghantar senarai dokumen yang diperlukan kepada:

Yang DiPertua
Majlis Daerah Yan
06900 Yan
Kedah Darul Aman
u.p : Bahagian Sumber Manusia

ATAU untuk info lanjut mengenai kelayakan, gaji dan bidang tugas bagi setiap jawatan sila layari Laman Utama Ini.

Succes Selalu!


ARTIKEL BERKAITAN:
Jawatan Kosong Penolong Jurutera JA29 Majlis Daerah Yan

Dapatkan INFO semasa secara PERCUMA mengenai Jawatan Kosong Kerja Kerajaan yang Lain dari kami. Isi detail anda. 

*Email anda adalah PRIVACY KAMI

Ikuti Page Dan Channel Kami Untuk Tips & Info KERJAYA Berterusan Bagi Jawatan Kerajaan

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You cannot copy content of this page

Hampir Selesai ...
Sila SAHKAN email anda di inbox bagi mengelakkan Sistem Kami Terima Email SPAM