Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Kangar

Pelbagai Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Kangar

Jawatan kosong Majlis Perbandaran Kangar ini terbuka untuk seluruh warganegara Malaysia (Keutamaan diberikan kepada rakyat Perlis) yang berkelayakan. Calon-calon yang berminat dikehendaki untuk baca sehingga habis syarat-syarat yang ditentukan dibawah dengan teliti sebelum memohon Jawatan kosong yang tertera.

ISI KANDUNGAN

Info Jawatan

Senarai jawatan yang diperlukan adalah:

  • Penolong Pegawai Undang-Undang L29 (1 Kekosongan)
  • Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa JA29 (1 Kekosongan)
  • Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N19 (1 Kekosongan)
  • Pemandu Kenderaan H11 (1 Kekosongan)

Nama majikan: Majlis Perbandaran Kangar
Lokasi: Perlis

Jadual Gaji

Berikut adalah jadual gaji permulaan hingga ke maksimum berdasarkan jawatan.

  1. Penolong Pegawai Undang-Undang Gred L29 = RM1773.00 – RM5674.00
  2. Penolong Pegawai Perancang Bandar Dan Desa Gred JA29 = RM1549.00 – RM5701.00
  3. Pembantu Tadbir Gred N19 (Perkerania/Operasi) =  RM1352.00 – RM4003.00
  4. Pemandu Kenderaan H11 = RM1218.00 – RM2939.00

Kelayakan Asas Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Kangar

  • Anda haruslah warganegara Malaysia.
  • Berumur lebih daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan.
  • Memiliki Minimum gred C Bahasa Malaysia (termasuk Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan (Kecuali Gred N11.)

Kelayakan Khusus Jawatan Kosong Majlis Perbandaran

Penolong Pegawai Undang-Undang L29

  • Diploma dalam bidang pentadbiran awam/ Diploma Undang-Undang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan setaraf dengannya.

Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa JA29

  • Mempunyai minima Sijil bidang perancangan bandar dan wilayah/ Diploma dalam bidang perancangan bandar dan wilayah yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan setaraf dengannya.

Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N19

  • Mempunyai minima kelulusan dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang setaraf dengannya.

Pemandu Kenderaan N11

  • Mempunyai minima Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)/Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan yang setaraf dengannya.
  • Mempunyai sekurang-kurangnya Gred C dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat PT3/PMR.
  • Mempunyai lesen Memandu kelas D/E2/E1/E2/F/G/H/I yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan.

Info Tambahan Jawatan Kosong Majlis Perbandaran

Calon-calon yang memohon hendaklah memiliki ciri-ciri: 

  • Dinamik
  •  Berpandangan jauh
  • Berkaliber tinggi
  • Berdisiplin
  • Berpengetahuan

Manakala antara faedah lain yang akan anda dapat bila berkhidmat di jabatan ini adalah:

  • Cuti tahunan
  • Cuti sakit
  • Gaji Bulanan dengan kadar naik tahunan

Cara Memohon Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Kangar

1. Calon-calon yang berminat hendaklah mendapatkan borang permohonan yang kami kongsikan dibawah.

2. Semasa membuat permohonan, sila nyatakan Jawatan yang ingin dimohon di sebelah kiri atas sampul surat.

3. Satu borang dibenarkan hanya satu [1] Jawatan.

4. Setiap permohonan mesti dihantar, salinan dokumen berikut mesti disertakan: 

  •  Kad Pengenalan diri
  • Sijil Kelahiran
  • Sijil-sijil persekolahan
  • Kelulusan Akademik (Sijil/Diploma/Ijazah) *Mana yang berkaitan dengan Jawatan yang dipohon.*
  • Satu (1) keping gambar terbaru berukuran passport
  • Dokumen-dokumen sokongan yang lain (Jika ada).

5. Semua salinan dokumen yang berkaitan hendaklah disahkan oleh pegawai kerajaan dalam bahagian Pengurusan dan Profesional.

6. Permohonan untuk pegawai yang sedang berkhidmat dengan kerajaan / pihak berkuasa tempatan / badan berkanun, permohonan harus diajukan melalui Ketua Pegawai Jabatan yang bertanggungjawab atas Jabatan yang berkaitan, besertakan dengan salinan Pernyataan Rekod Perkhidmatan dan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan terbaru yang ditetapkan dalam peraturan 17 . 2005 Pegawai awam (pelantikan, kenaikan pangkat dan penamatan).

7. Dokumen-dokumen yang tertera perlulah sertakan jika memohon melalui Ketua Jabatan.

  • Surat Pengesahan Ketua Jabatan
  • Salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini
  • Salinan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) yang terkini
  • Salinan surat kelulusan perisytiharan harta
  • Salinan penyata gaji yang terkini.

8. Calon akan menjalani saringan melalui ujian/proses tapisan. Hanya calon yang berjaya menghadapi proses saringan akan dipanggil untuk temuduga.

9. Calon yang tidak dihubungi lebih enam (6) bulan daripada tarikh temuduga ditutup
hendaklah menganggap permohonan anda tidak berjaya.

10. Borang Permohonan Jawatan Kosong yang lengkap mesti dihantar kepada:
YANG DIPERTUA,
MAJLIS PERBANDARAN KANGAR, PERLIS,
NO. 192, PERSIARAN JUBLI EMAS,
01000 KANGAR,
PERLIS.
(u.p : Jabatan Korporat Dan Sumber Manusia)

11. Tarikh tutup permohonan adalah 17 November 2020 (2PM)

Demikian maklumat 4 jawatan kosong Majlis Perbandaran Kangar yang kami kongsikan diatas. Sekiranya anda berminat segeralah memohon dan dapatkan borang >> DISINI

ARTIKEL BEKAITAN: 

Dapatkan INFO semasa secara PERCUMA mengenai Jawatan Kosong Kerja Kerajaan yang lain dari kami. Isi detail anda. 

*Email anda adalah PRIVACY KAMI

Ikuti Page Dan Channel Kami Untuk Tips & Info KERJAYA Berterusan Bagi Jawatan Kerajaan

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You cannot copy content of this page

Hampir Selesai ...
Sila SAHKAN email anda di inbox bagi mengelakkan Sistem Kami Terima Email SPAM