Jawatan Kosong Penolong Pegawai Penguatkuasa

Jawatan Kosong Penolong Pegawai Penguatkuasa Gred KP29

Jawatan Kosong Penolong Pegawai Penguatkuasa Gred KP29 ini terbuka untuk warganegara Malaysia yang berkelayakan dan menetap di Pahang.

Calon-calon yang mempunyai ciri-ciri keperibadian seperti imej dan keterampilan yang kemas dan bersih, mempunyai bakat kepimpinan, semangat tinggi dalam kerja berkumpulan, sifat jati diri yang cemerlang dan kelayakan profesionalisme yang sesuai dengan jawatan adalah digalakkan untuk memohon. 

Calon-calon yang berminat dikehendaki untuk membaca syarat-syarat yang ditentukan dengan teliti sebelum memohon Jawatan kosong yang tertera.

ISI KANDUNGAN

Info Jawatan:

Penolong Pegawai Penguatkuasa Gred KP29
Kelayakan Minimum: Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)

  • Majikan: Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Pahang (SPANP)

  • Taraf Jawatan: Sementara
  • Jumlah Kekosongan: 20
  • Lokasi: Pahang
  • Gaji
      • Minimum: RM1,493.00
      • Maximum: RM5,696.00
      • Kenaikan Gaji Tahunan: RM 145.00

Kelayakan Jawatan Kosong Penolong Pegawai Penguatkuasa Gred KP29

  • Warganegara Malaysia
  • 18 tahun ke atas pada tarikh tutup permohonan.
  • Calon hendaklah memiliki minimum Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau kelayakan yang setaraf dengannya

Atau

  • Diploma dalam bidang yang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan
  • Mendapat sekurang-kurangnya gred ‘C’ dalam mata pelajaran BM termasuk ujian lisan.pada peringkat Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM)
  • Syarat Fizikal:
      1. Berat badan lelaki sekurang-kurangnya 48kg dan 46kg untuk wanita
      2. Tinggi lelaki sekurang-kurangnya 1.57m dan 1.53m bagi wanita tanpa sepatu
      3. Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan tanpa cermin mata dengan ketetapan V6/9
      4. Pendengaran dan pengecaman warna tidak cacat
      5. BMI di antara julat 19 hingga 26

Deskripsi Kerja Jawatan Kosong Penolong Pegawai Penguatkuasa Gred KP29

Antara tugas penolong Pegawai penguatkuasa KP29 adalah

  • Memberi bantuan dalam operasi penguatkuasaan
  • Menyediakan statistik penguatkuasaan
  • Memastikan rekod operasi dan pendakwaan disediakan
  • Melaksanakan tugas-tugas yang diberikan oleh pegawai atasan dari masa ke semasa.

Kelebihan Lain

Calon yang berjaya akan mendapat kadar kenaikan gaji tahunan, cuti tahunan, cuti sakit dan pelbagai elaun bedasarkan gred/lokasi jawatan.   

Info Tambahan Jawatan Kosong Penolong Pegawai Penguatkuasa Gred KP29

1. Calon-calon yang memohon hendaklah memiliki ciri-ciri:

      • Dinamik
      • Pro-aktif
      • Berpandangan jauh
      • Berkaliber tinggi
      • Berdisiplin
      • Berpengetahuan 

2. Calon akan menjalani saringan melalui ujian/proses tapisan. Hanya calon yang berjaya menghadapi proses saringan akan dipanggil untuk temuduga.

3. Sekiranya calon tidak dihubungi lebih enam (6) bulan daripada tarikh temuduga ditutup hendaklah menganggap permohonan anda tidak berjaya. 

Cara Memohon Jawatan Kosong Penolong Pegawai Penguatkuasa Gred KP29

  1. Permohonan jawatan kosong tertera hanya boleh dilakukan secara online (atas talian) melalui portal SPANP yang kami kongsikan di bawah.
  2. Calon yang belum pernah mendaftar hendaklah mendaftar pada portal tertera sebelum membuat permohonan terhadap jawatan tersebut.
  3. Calon yang sudah berdaftar hendaklah mengisi maklumat diri yang lengkap dan resume terkini besertakan dengan dokumen-dokumen yang berkaitan.
  4. Dokumen yang perlu disediakan adalah seperti berikut:
  • Sijil Lahir
  • Kad Pengenalan Pemohon
  • Kad Pengenalan Ibu Bapa (Sijil Mati jika berkaitan)
  • Sijil – Sijil Akademik dan
  • Dokumen-dokumen lain yang berkaitan dan disyaratkan
  1. Calon juga mesti menyediakan Salinan Sijil-Sijil Asal (yang telah dimuat naik dalam system SPANP) apabila berjaya dipanggil untuk ditemuduga.
  2. Calon hendaklah memastikan permohonan online yang dilakukan adalah lengkap kerana permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.
  3. Tarikh tutup permohonan untuk jawatan tersebut adalah 25 Ogos 2021(Rabu), Jam 11.59 PM.

Jika anda berminat dan ingin memohon Jawatan Kosong Penolong Pegawai Penguatkuasa Gred KP29 ini bolehlah memohon di LAMAN >>> SPANP

.

Baca juga: Jawatan Kosong Majlis Daerah Tanjong Malim

Dapatkan INFO semasa secara PERCUMA mengenai Jawatan Kosong Kerja Kerajaan Yang Lain dari kami. Isi detail anda. 

*Email anda adalah PRIVACY KAMI

Ikuti Page Dan Channel Kami Untuk Tips & Info KERJAYA Berterusan Bagi Jawatan Kerajaan

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You cannot copy content of this page

Hampir Selesai ...
Sila SAHKAN email anda di inbox bagi mengelakkan Sistem Kami Terima Email SPAM