Permohonan Latihan Separa Perubatan ini terbuka untuk seluruh warganegara Malaysia yang berkelayakan. Calon-calon yang berminat dikehendaki untuk baca sehingga habis syarat-syarat yang ditentukan di bawah dengan teliti sebelum memohon Pengambilan yang tertera.
ISI KANDUNGAN
Info Jawatan
- Majikan: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
- Jumlah kekosongan bagi kesemua jawatan yang diperlukan kali ini adalah sebanyak 875.
Senarai jawatan yang diperlukan:
Bertaraf Diploma
- Jururawat
- Bilangan Kekosongan: Lelaki 77, Perempuan 183.
- Penolong Pegawai Perubatan
- Bilangan Kekosongan: Lelaki 140, Perempuan 85.
- Penolong Pegawai Perubatan Persekitaran
- Bilangan Kekosongan: Lelaki 40, Perempuan 20.
- Juruteknologi Makmal Perubatan
- Bilangan Kekosongan: Lelaki 70, Perempuan 70.
- Penolong Pegawai Farmasi
- Bilangan Kekosongan: Lelaki 50, Perempuan 50.
- Jurupulih Perubatan Fisioterapi
- Bilangan Kekosongan: Lelaki 25, Perempuan 25.
- Jurupulih Perubatan Cara Kerja
- Bilangan Kekosongan: Lelaki 25, Perempuan 25.
- Juru X-RAY (Radiografi)
- Bilangan Kekosongan: Lelaki 20, Perempuan 20.
Manakala kekosongan Permohonan Latihan Separa Perubatan bagi Jawatan yang bertaraf sijil adalah seperti berikut .
- Pembantu Kesihatan Awam
- Bilangan Kekosongan: Lelaki 40
- Pembantu Pembedahan Pergigian
- Bilangan Kekosongan: Lelaki 100, Perempuan 100.
Tempoh latihan bagi taraf Diploma adalah selama 3 tahun. Untuk latihan taraf sijil pula adalah selama 2 tahun.
Kelayakan Permohonan Latihan Separa Perubatan
- Anda mestilah warganegara Malaysia.
- Berumur tidak kurang daripada 17 tahun dan tidak lebih daripada 25 tahun dari tarikh tutup permohonan.
- Jika melalui pegawai peningkatan secara lantikan (PSL) umur mesti tidak lebih 51 tahun pada tarikh tutup iklan.
- Selain melalui PSL, umur mestilah tidak melebihi 38 tahun bagi pegawai yang sedang berkhidmat dari tarikh tutup iklan.
- Memiliki Minimum gred C Bahasa Malaysia pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
Info Tambahan Permohonan Latihan Separa Perubatan
- Calon-calon yang memohon hendaklah memiliki ciri-ciri:
- Bersikap cemerlang
- Mempunyai bakat kepimpinan
- Semangat tinggi dalam kerja berkumpulan
- Keterampilan yang menarik
- Mempunyai profesionalisme sesuai dengan jawatan
- Calon akan menjalani saringan melalui ujian/proses tapisan. Hanya calon yang berjaya menghadapi proses saringan akan dipanggil.
Cara Buat Permohonan Latihan Separa Perubatan
- Pemohonan mestilah dibuat melalui dalam talian dan melengkapkan semua maklumat yang diperlukan dilaman rasmi SPA9 yang kami kongsikan di bawah.
- Calon yang pernah mendaftar bagi jawatan di atas tidak perlu memohon semula sekiranya tarikh permohonan sebelum ini masih lagi sah laku dari tarikh penutupan iklan jawatan ini.
- Calon yang memohon selepas tarikh penutupan iklan jawatan tidak akan di layan.
- Sila buat permohonan latihan separa perubatan sebelum atau pada 4 Julai 2021.
Demikian di atas jawatan permohonan Latihan Separa Perubatan yang kami kongsikan. Sekiranya anda berminat bolehlah memohon di LAMAN SPA9.
Untuk info lanjut mengenai gaji dan lain-lain anda boleh rujuk di sini SPA.GOV.MY.
ARTIKEL BERKAITAN: Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Kangar
Dapatkan INFO semasa secara PERCUMA mengenai Jawatan Kosong Kerja Kerajaan yang lain dari kami. Isi detail anda.
*Email anda adalah PRIVACY KAMI